Sisa Abu Daooh, sedang mengandung enam bulan anaknya pertama dan hidup dalam masyarakat yang sangat konservatif di bandar Luxor apabila suaminya meninggal dunia.
Akibat tidak dapat menyara keluarganya sebagai seorang ibu tunggal berusia 21 tahun dan tidak bersedia untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya, Sisa Abu Daooh memutuskan untuk mencukur kepalanya dan berpakaian seperti seorang lelaki. Kemudian Sisa Abu Daooh pun keluar mencari pekerjaan. Pekerjaan yang pertama diperolehinya ialah sebagai pembuat bata dan kemudiannya sebagai pengilat kasut apabila umurnya semakin tua.
Sebagai seorang “lelaki”,dia bebas daripada ancaman gangguan seksual. Sisa Abu Daooh menikmati hidupnya sebagai seorang lelaki seperti lelaki lain di kampungnya. Walaupun dia kini telah mendedahkan jantina benar, dia berkata, dia akan terus menghabiskan sisa hidupnya dengan cara hidup dan berpakaian seperti seorang lelaki.
Kini, Sisa Abu Daooh, 65, mendapat penghargaan dari Kerajaan Mesir di atas usaha dan kecekalannya dalam memebesarkan anak dan menyara keluarganya.
Dalam wawancara dengan saluran TV Gulf News Mesir, Sisa Abu Daooh berkata:
“Adik-beradik saya mahukan saya berkahwin lagi … sepanjang masa mereka membawa calon pengantin baru kepada saya, ‘katanya kepada Gulf News Mesir.
Namun Sisa Abu Daooh memutuskan dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang dia tidak suka dan mula mencukur kepalanya dan membeli pakaian lelaki longgar untuk menjadi pencari nafkah diri dan keluarganya.
Keputusan itu mengejutkan dan menimbulkan kemarahan keluarganya, kerana Sisa Abu Daooh menolak rayuan mereka supaya dia berkahwin semula dan bukannya menjadi pencari nafkah -sebagai seorang pembuat bata.
Dia sentiasa mengakui bahawa dia adalah ‘kuat seperti 10 lelaki berusia 20-an dan 30-an,’. Sebab itu dia mampu melakukan kerja-kerja kasar orang lelaki. Namun apabila umurnya semakin meningkat, kekuatannya makin pudar, dia mula menukar pekerjaaannya kepada pengilat kasut.
Keputusan Sisa Abu Daooh untuk hidup sebagai ‘lelaki’ adalah dibuat semata-mata supaya dia boleh menyara anak perempuannya itu.
“Apabila seorang perempuan membuang sifat-sifat kewanitaannya, ia adalah sesuatu yangsukar. Tetapi saya akan berbuat apa saja untuk anak perempuan saya. Ia adalah satu-satunya cara untuk saya mendapatkan wang. Apa lagi yang boleh saya lakukan? Saya tidak boleh membaca atau menulis – keluarga saya tidak menghantar saya ke sekolah – jadi ini adalah satu-satunya cara, “katanya.
Beliau pada mulanya merancang untuk membuang penyamarannya sebagai lelaki sebaik sahaja anak perempuannya berkahwin, tetapi malangnya menantunya itu pula jatuh sakit yang serius tidak lama selepas perkahwinan dan tidak dapat mencari pekerjaan.
Masa semakin berlalu, Sisa Abu Daooh merasa makin selesa sebagai “lelaki” dalam masyarakat di sekitarnya dan minum kopi di kedai yang didominasi lelaki tempatan tanpa apa-apa gangguan.Walaupun begitu, Abu Daooh mengatakan dia tidak pernah berbohong mengenai jantinanya dan tidak pernah menafikan dirinyaseorang wanita jika dia ditanya.
Beliau juga berkata bahawa sebilangan besar orang di Luxor tahu dia adalah seorang wanita dan memanggilnya dengan nama feminin. Dia menyamar itu untuk mengelakkan prajudis atau salah faham dari orang asing atau orang yang tidak mengenalinya dengan baik.
Sekarang Sisa Abu Daooh telah diberi anugerah atas pengorbanan beliau oleh kerajaan tempatan Luxor dan menobatkannya sebagai Ibu Mithali di bandar ini. Pada hujung minggu itu pula , dia bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi untuk menerima anugerah di atas 40 tahun pengorbanannya.