Category Archives: Tempat Menarik

Memberi Ikan Makan di Fish Farm

Dalam lawatan ke Langkawi, sekiranya mengambil pakej lawatan ke Kilim Geoforest Park, anda akan dibawa singgah di Fish Farm. Fish farm ini terdapat di sepanjang Sungai Kilim. Salah satunya yang terkenal iaitu Fish Farm dan restaurant terapung Hole in the Wall.

Apabila sampai di fish farm itu, anda akan disambut oleh seorang remaja yang menjadi seolah-olah tourist guide dan membawa kita melihat kawasan sekitar. Ada banyak ikan-ikan besar yang dipelihara dalam sangkar.

 

 

Photo0446Seterusnya anda akan ditunjukkan bagaimana cara memberi makan ikan pari. Ikan pari itu sangat besar yang ukuran lebarnya hampir 1 meter.

Photo0449Caranya mudah sahaja, cuma ambil sekeping isi ikan dan goncang-goncangkan dalam air. Tak sampai seminit, ikan pari akan timbul dan menyambar isi ikan tersebut.

Photo0450Beberapa kali remaja itu memberi makan kepada ikan pari dan dia cuba membalikkan badan ikan pari untuk menunjukkan mulut ikan pari kepada kami.  Selepas itu, dia offer kepada kami untuk mencuba pula memberi makan, tapi seorang pun tak berani. Takut kena gigit!

Tinggalkan komen

Filed under Langkawi, Lawatan, Menarik, Tempat Menarik, Uncategorized

Mencari Pasu Seramik

Ayer Itam, Johor sangat terkenal dengan pasu-pasu seramiknya. Sejak dari dulu lagi bandar ini sering dikunjungi untuk mencari pasu seramik yang banyak terdapat di sini. Kalau tak beli pun, boleh menjamu mata melihat pasu seramik beraneka bentuk dan saiz.

Ada dua bahagian di bandar Air Itam yang menjual pasu seramik. Satu di pekan lama dan satu lagi di pekan baru. Ramai yang suka pergi ke pekan lama untuk membeli pasu mungkin kerana banyak deretan kedai yang yang menjual pasu seramik. Kedai dan gerai di pekan lama ini masih mengekalkan kaedah lama dengan setiap kedai penuh dengan barangan seramik sehingga ke kakilima kedai.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu, kami singgah di pekan Air Itam untuk membuat tinjauan saja ( kalau ada yang berkenan, baru beli). Kami pergi ke pekan lama kerana ada banyak kedai yang menjual pasu seramik di situ. Semasa kami sampai, hari masih pagi, tak ramai pengunjung lagi.

Bila terpandang pasu yang besar ini, nampak menarik dan ada ciri-ciri Arab. Selepas tawar menawar dengan pekedai, akhirnya beli juga. Pekedai tu beri jaminan, kalau jumpa pasu yang sama di kedai lain dan harganya lebih murah, wang akan dipulangkan!

Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk dan melihat kalau-kalau ada yang menarik hati. Selain pasu seramik, barang-barang untuk majlis perkahwinan pun banyak terdapat di sini

Selain kedai pasu seramik, terdapat banyak juga deretan gerai yang menjual makanan ringan seperti kerepek dan lain-lain. Bolehlah beli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan  untuk kawan-kawan.

Selepas hampir dua jam membeli belah, inilah hasilnya!

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Menarik, Tempat Menarik

Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit

Ladang Anggur Tasik Beris terletak lebih kurang 12km dari pekan Sik, Kedah. Buat masa ini, ladang anggur tersebut sudah dikenali ramai dan ramai pengunjung yang datang dari jauh untuk melihat sendiri buah anggur yang bergantungan.

Kebetulan minggu ini aku singgah untuk kunjungan kali kedua selepas setahun lalu datang ke sini. Nampaknya sudah banyak perubahan. Pintu masuk dah ada penerangan tentang ladang ini pada dinding cermin.

Satu lagi perubahannya, tiket masuk pun dah naik harga. Dulu cuma RM3, sekarang dah jadi RM4 untuk orang dewasa. Tempat masuk juga telah berubah dari sebelah utara ke sebelah selatan pula.

Bangunan baru telah dibina yang dinamakan Sales Gallery di mana  menempatkan tempat menjual tiket masuk dan juga menjual hasil dari ladang anggur.

Selain daripada buah anggur yang dijual di dalam galeri ini , terdapat juga produk anggur seperti jus anggur, kordial anggur dan minyak biji anggur.

Untuk buat kenangan, terdapat barangan cenderamata seperti mug, t-shirt , topi dan payung yang ada identiti Ladang Anggur ini.

Ini adalah anggur hitam yang telah masak. Buah-buah ini sedang dipetik oleh pekerja-pekerja ladang dan kawasan ini tidak dibuka untuk lawatan.

Anggur hijau yang telah besar kelihatan bergantungan dengan banyak sekali. Sambil berjalan, kita boleh memegang buah-buah anggur tu, tapi awas, tak boleh dipetik.

Pada masa ini, anggur hitam sahaja yang telah masak dan berbuah dengan lebat. Setakat nak bergambar, boleh tetapi tak boleh petik untuk dimakan. Pekerja ladang ini sentiasa ada di mana-mana memerhati kita.

Kalau rasa geram nak petik juga, boleh minta kebenaran dari mereka tetapi dengan syarat membayar RM50 bagi setiap satu kilogram anggur.

Semasa berbual dengan pekerja ladang, saya dapat tahu pokok anggur di situ telah berumur 4 tahun dan pokok ini boleh hidup sampai 25 tahun!

Menurut pekerja itu lagi, bila semua buah anggur telah dipetik, pekerja akan membuang/memangkas semua daun-daunnya. Ini dilakukan bagi membolehkan daun baru tumbuh dan pokok berbunga semula.

Bukan semua kawasan boleh dilawati, hanya kawasan yang ditandai dengan bendera sahaja boleh dilalui.

Selepas puas melawat dalam ladang anggur, terdapat gerai di luar yang menyediakan minuman dan makanan.  Jus anggur hijau dan anggur hitam ada dijual di sini. Harganya RM2 bagi satu gelas.

Ladang anggur ini memang terletak di tepi Tasik Beris ( tasik yang terjadi akibat Empangan Beris). Pemandangan tasik yang luas terbentang dari sini memang cukup cantik dan menarik. Sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu yang nyaman memang amat menyenangkan.

9 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik, pemandangan, Tempat Menarik, vacation

Kenangan: Musim Haji Tahun 1432 Yang Lalu..

Menunaikan Haji, adalah Rukun Islam yang kelima dimana umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mengunjungi Baitullah di Kota Mekah dengan satu tujuan dan niat yang suci iaitu mencari keredhaan Allah. Musim haji tahun ini telah pun berlalu meninggalkan kenangan yang dirakamkan melalui gambar-gambar berikut ini.

Berpuluh-puluh ribu jemaah haji sedang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Bermunajat dan memohon doa di atas Jabbar Nur selepas menziarahi gua Hira’.

Pemandangan dari helikopter menunjukkan ribuan khemah jemaah haji yang dipasang untuk jemaah haji ketika berwukuf .

Pemandangan di Masjidil Haram, lihatlah betapa ramainya jemaah haji memenuhi setiap inci ruang di Masjidil haram semasa  sembahyang Maghrib .

Kelihatan tiang-tiang yang menyemburkan wap air yang kelihatan seperti kabus untuk menyejukkan suasana di sekitar Arafah. Berbagai kemudahan dan inovasi yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan tetemu Allah pada musim haji ini.

Jemaah haji sedang melakukan rukun haji iaitu melontar di Jamrah.

Binaan pada jamrah dibuat bertingkat-tingkat  supaya lebih ramai jemaah haji dapat melakukan ibadah melontar dengan lebih mudah pada satu-satu masa.

2 Komen

Filed under Agama, Haji, Islam, Nostalgia, Pengetahuan, Tempat Menarik

Satu pagi yang indah..

Bangun pagi, ketika fajar menyinsing kelihatan cahaya matahari kemerahan mula untuk menerangi alam. Suasana yang begitu damai dan nyaman sekali.

Selepas beberapa ketika, matahari keluar di sebalik  gunung dan mula menebarkan cahaya sedikit demi sedikit. Bila melihat pemandangan pagi ini, kelihatan sungguh indah dan damai sekali….ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Perkara ini berlaku setiap hari, tapi ramai yang tidak memperdulikannya.


Apabila cahaya matahari menerangi pagi, kelihatan pemandangan sawah padi yang begitu cantik dan mempesonakan. Satu pagi yang indah…

2 Komen

Filed under Menarik, pagi, pemandangan, Pengajaran, Tempat Menarik

Ketenangan Di Kampung..

Bagi penghuni kota, bila balik kampung tentu akan merasai ketenangan dan kedamaian. Jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan hutan-hutan batu yang kaku. Bila terpandang kehijauan sawah padi yang luas terbentang, hati jadi damai dan tenang. Mata menjadi sejuk oleh warna hijau dedaun pokok.

Apa lagi kalau ditambah dengan kedinginan hembusan bayu dari sawah padi yang menampar muka. Udara yang segar tanpa pencemaran asap kereta dan kilang.

Inilah antara sebab yang menjadi daya penarik yang meruntun perantau di kota untuk pulang ke desa. Suasana yang sunyi dan tenang dapat merawat jiwa yang sedang tertekan dengan kesesakan dan tekanan di kota.

Lambaian desa sentiasa menggamit ….

6 Komen

Filed under percutian, Tempat Menarik, Uncategorized, vacation

Meneroka alam semulajadi di Kilim Geoforest Park

Selalunya bila ke Langkawi, kita banyak bershopping di Pekan Kuah, atau ke Pantai Chenang sambil melihat hidupan laut dalam Underwater World. Ataupun ke Gunung Matcincang menaiki kereta kabel.

Ada satu pakej yang menarik, bagi yang suka alam semulajadi, iaitu pakej menaiki bot menyusuri Sungai Kilim hingga ke lautan. Ada berbagai pakej disediakan sama ada mahu menyewa bot untuk perjalanan 1 jam, 2 jam , 3 jam atau 4 jam. Harganya tentulah berbeza.

Kami memilih pakej 2 jam yang berharga RM180. Dengan pakej ini, kami akan dibawa melihat helang makan, mercu tanda Kilim Geoforest, Gua Kelawar dan akhir sekali ternakan ikan dalam sangkar.

Pada mulanya bot bergerak perlahan menyusuri Sungai Kilim yang dikiri dan kanan dipenuhi dengan pokok-pokok bakau. Pemandangan alam semula jadi yang sangat indah sekali.

Selepas itu, bot mula memecut dengan laju. Hembusan angin angin yang menerpa ke muka sungguh nyaman sekali. Pengalaman ini amat menyeronokkan. Macam dalam filem pula rasanya.

Selepas 15 minit perjalanan, kami sampai ke kawasan memeberi helang makan. Pada mulanya tiada seekor helang pun yang kelihatan. Selepas pemandu bot mencampakkan perut ayam ke dalam air, seketika muncul beberapa ekor helang turun menyambar. Tak sampai 5 minit kemudian, berpuluh-puluh ekor helang datang. Kali pertama melihat helang dari jarak dekat..menakjubkan. Helang terlalu tangkas, tak sempat nak ambil gambar!

Hanya beberapa ekor sahaja dapat diambil gambar. Yang lain terlalu laju,tak sempat nak snap..

Dapat snap seekor  lagi..  Sebenarnya ada berpuluh-puluh ekor lagi berlegar-legar di udara.

Laluan yang ditempuhi sangat menarik, selepas hutan bakau melalui pula kawasan batu kapur yang berbagai bentuk. Batu kapur di kawasan ini dikatakan berusia beribu-ribu tahun.

Ini pula gua yang terbentuk dalam sebuah bukit batu kapur. Ia dipanggil juga ‘Lubang Buaya’. Kami dibawa masuk ke dalam gua itu dan keluar di sebelah sana. Memang cekap pemandu bot ini kerana lubang gua itu sangat sempit!

BERSAMBUNG DALAM ENTRI YANG AKAN DATANG…

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Menarik, Pengajaran, Pengetahuan, percutian, Tempat Menarik, Uncategorized