Category Archives: Lawatan

Memberi Ikan Makan di Fish Farm

Dalam lawatan ke Langkawi, sekiranya mengambil pakej lawatan ke Kilim Geoforest Park, anda akan dibawa singgah di Fish Farm. Fish farm ini terdapat di sepanjang Sungai Kilim. Salah satunya yang terkenal iaitu Fish Farm dan restaurant terapung Hole in the Wall.

Apabila sampai di fish farm itu, anda akan disambut oleh seorang remaja yang menjadi seolah-olah tourist guide dan membawa kita melihat kawasan sekitar. Ada banyak ikan-ikan besar yang dipelihara dalam sangkar.

 

 

Photo0446Seterusnya anda akan ditunjukkan bagaimana cara memberi makan ikan pari. Ikan pari itu sangat besar yang ukuran lebarnya hampir 1 meter.

Photo0449Caranya mudah sahaja, cuma ambil sekeping isi ikan dan goncang-goncangkan dalam air. Tak sampai seminit, ikan pari akan timbul dan menyambar isi ikan tersebut.

Photo0450Beberapa kali remaja itu memberi makan kepada ikan pari dan dia cuba membalikkan badan ikan pari untuk menunjukkan mulut ikan pari kepada kami.  Selepas itu, dia offer kepada kami untuk mencuba pula memberi makan, tapi seorang pun tak berani. Takut kena gigit!

Tinggalkan komen

Filed under Langkawi, Lawatan, Menarik, Tempat Menarik, Uncategorized

Mencari Pasu Seramik

Ayer Itam, Johor sangat terkenal dengan pasu-pasu seramiknya. Sejak dari dulu lagi bandar ini sering dikunjungi untuk mencari pasu seramik yang banyak terdapat di sini. Kalau tak beli pun, boleh menjamu mata melihat pasu seramik beraneka bentuk dan saiz.

Ada dua bahagian di bandar Air Itam yang menjual pasu seramik. Satu di pekan lama dan satu lagi di pekan baru. Ramai yang suka pergi ke pekan lama untuk membeli pasu mungkin kerana banyak deretan kedai yang yang menjual pasu seramik. Kedai dan gerai di pekan lama ini masih mengekalkan kaedah lama dengan setiap kedai penuh dengan barangan seramik sehingga ke kakilima kedai.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu, kami singgah di pekan Air Itam untuk membuat tinjauan saja ( kalau ada yang berkenan, baru beli). Kami pergi ke pekan lama kerana ada banyak kedai yang menjual pasu seramik di situ. Semasa kami sampai, hari masih pagi, tak ramai pengunjung lagi.

Bila terpandang pasu yang besar ini, nampak menarik dan ada ciri-ciri Arab. Selepas tawar menawar dengan pekedai, akhirnya beli juga. Pekedai tu beri jaminan, kalau jumpa pasu yang sama di kedai lain dan harganya lebih murah, wang akan dipulangkan!

Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk dan melihat kalau-kalau ada yang menarik hati. Selain pasu seramik, barang-barang untuk majlis perkahwinan pun banyak terdapat di sini

Selain kedai pasu seramik, terdapat banyak juga deretan gerai yang menjual makanan ringan seperti kerepek dan lain-lain. Bolehlah beli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan  untuk kawan-kawan.

Selepas hampir dua jam membeli belah, inilah hasilnya!

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Menarik, Tempat Menarik

Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit

Ladang Anggur Tasik Beris terletak lebih kurang 12km dari pekan Sik, Kedah. Buat masa ini, ladang anggur tersebut sudah dikenali ramai dan ramai pengunjung yang datang dari jauh untuk melihat sendiri buah anggur yang bergantungan.

Kebetulan minggu ini aku singgah untuk kunjungan kali kedua selepas setahun lalu datang ke sini. Nampaknya sudah banyak perubahan. Pintu masuk dah ada penerangan tentang ladang ini pada dinding cermin.

Satu lagi perubahannya, tiket masuk pun dah naik harga. Dulu cuma RM3, sekarang dah jadi RM4 untuk orang dewasa. Tempat masuk juga telah berubah dari sebelah utara ke sebelah selatan pula.

Bangunan baru telah dibina yang dinamakan Sales Gallery di mana  menempatkan tempat menjual tiket masuk dan juga menjual hasil dari ladang anggur.

Selain daripada buah anggur yang dijual di dalam galeri ini , terdapat juga produk anggur seperti jus anggur, kordial anggur dan minyak biji anggur.

Untuk buat kenangan, terdapat barangan cenderamata seperti mug, t-shirt , topi dan payung yang ada identiti Ladang Anggur ini.

Ini adalah anggur hitam yang telah masak. Buah-buah ini sedang dipetik oleh pekerja-pekerja ladang dan kawasan ini tidak dibuka untuk lawatan.

Anggur hijau yang telah besar kelihatan bergantungan dengan banyak sekali. Sambil berjalan, kita boleh memegang buah-buah anggur tu, tapi awas, tak boleh dipetik.

Pada masa ini, anggur hitam sahaja yang telah masak dan berbuah dengan lebat. Setakat nak bergambar, boleh tetapi tak boleh petik untuk dimakan. Pekerja ladang ini sentiasa ada di mana-mana memerhati kita.

Kalau rasa geram nak petik juga, boleh minta kebenaran dari mereka tetapi dengan syarat membayar RM50 bagi setiap satu kilogram anggur.

Semasa berbual dengan pekerja ladang, saya dapat tahu pokok anggur di situ telah berumur 4 tahun dan pokok ini boleh hidup sampai 25 tahun!

Menurut pekerja itu lagi, bila semua buah anggur telah dipetik, pekerja akan membuang/memangkas semua daun-daunnya. Ini dilakukan bagi membolehkan daun baru tumbuh dan pokok berbunga semula.

Bukan semua kawasan boleh dilawati, hanya kawasan yang ditandai dengan bendera sahaja boleh dilalui.

Selepas puas melawat dalam ladang anggur, terdapat gerai di luar yang menyediakan minuman dan makanan.  Jus anggur hijau dan anggur hitam ada dijual di sini. Harganya RM2 bagi satu gelas.

Ladang anggur ini memang terletak di tepi Tasik Beris ( tasik yang terjadi akibat Empangan Beris). Pemandangan tasik yang luas terbentang dari sini memang cukup cantik dan menarik. Sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu yang nyaman memang amat menyenangkan.

9 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik, pemandangan, Tempat Menarik, vacation

Meneroka alam semulajadi di Kilim Geoforest Park

Selalunya bila ke Langkawi, kita banyak bershopping di Pekan Kuah, atau ke Pantai Chenang sambil melihat hidupan laut dalam Underwater World. Ataupun ke Gunung Matcincang menaiki kereta kabel.

Ada satu pakej yang menarik, bagi yang suka alam semulajadi, iaitu pakej menaiki bot menyusuri Sungai Kilim hingga ke lautan. Ada berbagai pakej disediakan sama ada mahu menyewa bot untuk perjalanan 1 jam, 2 jam , 3 jam atau 4 jam. Harganya tentulah berbeza.

Kami memilih pakej 2 jam yang berharga RM180. Dengan pakej ini, kami akan dibawa melihat helang makan, mercu tanda Kilim Geoforest, Gua Kelawar dan akhir sekali ternakan ikan dalam sangkar.

Pada mulanya bot bergerak perlahan menyusuri Sungai Kilim yang dikiri dan kanan dipenuhi dengan pokok-pokok bakau. Pemandangan alam semula jadi yang sangat indah sekali.

Selepas itu, bot mula memecut dengan laju. Hembusan angin angin yang menerpa ke muka sungguh nyaman sekali. Pengalaman ini amat menyeronokkan. Macam dalam filem pula rasanya.

Selepas 15 minit perjalanan, kami sampai ke kawasan memeberi helang makan. Pada mulanya tiada seekor helang pun yang kelihatan. Selepas pemandu bot mencampakkan perut ayam ke dalam air, seketika muncul beberapa ekor helang turun menyambar. Tak sampai 5 minit kemudian, berpuluh-puluh ekor helang datang. Kali pertama melihat helang dari jarak dekat..menakjubkan. Helang terlalu tangkas, tak sempat nak ambil gambar!

Hanya beberapa ekor sahaja dapat diambil gambar. Yang lain terlalu laju,tak sempat nak snap..

Dapat snap seekor  lagi..  Sebenarnya ada berpuluh-puluh ekor lagi berlegar-legar di udara.

Laluan yang ditempuhi sangat menarik, selepas hutan bakau melalui pula kawasan batu kapur yang berbagai bentuk. Batu kapur di kawasan ini dikatakan berusia beribu-ribu tahun.

Ini pula gua yang terbentuk dalam sebuah bukit batu kapur. Ia dipanggil juga ‘Lubang Buaya’. Kami dibawa masuk ke dalam gua itu dan keluar di sebelah sana. Memang cekap pemandu bot ini kerana lubang gua itu sangat sempit!

BERSAMBUNG DALAM ENTRI YANG AKAN DATANG…

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Menarik, Pengajaran, Pengetahuan, percutian, Tempat Menarik, Uncategorized

Leaning Tower: Menara Condong Teluk Intan


Ini bukan Menara Condong Teluk Intan, tapi Leaning Tower of Pisa ataupun Menara Condong Pisa . Binaan ini telah menjadi terkenal  dan antara benda-benda ajaib di dunia yang mesti dilawati atau dikunjungi.

Semasa di sekolah rendah dulu , pada tahun 70an, kita belajar dalam  mata pelajaran Tawarikh ( kini Sejarah) tentang menara condong ini.

Tapi di Malaysia pun ada juga seakan-akan Menara Condong Pisa itu di Teluk  Intan. Pada 23 Jun 2011 yang lalu, aku telah berkunjung ke sana. Masa tiba hari dah malam, jadi aku rakamkan gambar-gambar menarik ini.

Menara  ini dibina pada tahun 1892 dan terletak di antara  Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong. Menara ini juga dikenali sebagai Jam Tinggi oleh orang Teluk Intan.

Pada masa dahulu menara ini berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada waktu malam, lampu pada menara ini akan bertukar warna setiap minit. Sekejap warna biru, kemudian, merah, kuning dan hijau. Cukup indah dan menarik.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air tetapi jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.

Dari luar kita nampak menara menara jam ini seperti mempunyai  lapan(8) tingkat, tapi sebenarnya hanya terdapat tiga(3) tingkat sahaja…pelik kan?

Sebab apa menara ni condong? Mengikut cerita, menara ini dibina di atas struktur tanah yang lembut dan terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

 

4 Komen

Filed under Binaan, Cerita, kreatif, Lawatan, pelik, Teknologi, vacation

Naik Feri ke Pulau Pinang

Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke Pulau Pinang. Selalunya kalau aku ke sana, aku suka  melalui jambatan Pulau Pinang kerana  cepat, tak payah queue untuk tunggu feri. Tapi kali ini  aku nak naik feri pula. Ada kelainan bila naik feri ni , teringat kisah lama dulu masa belum ada jambatan ( jambatan  dibina tahun 1985).  Masa itu kalau ke Pulau Pinang mesti kena naik feri.

Dulu pada tahun 70an, Pulau Pinang adalah pulau bebas cukai. Ramai lah orang suka pergi melancong dan membeli belah terutama masa dekat nak hari raya. Selalunya bila orang (perempuan terutamanya) pergi Pulau Pinang mesti beli kain batik(batik jawa) dengan banyaknya kerana harganya yang murah.

Masa nak balik, ada kastam di jeti akan periksa barang-barang yang kita beli untuk dicukai. Macam-macam taktik digunakan untuk mengelakkan cukai kain batik. Ada yang masa pergi, kurus je tapi bila balik dah jadi gemuk…sebab sorok kain batik dalam baju sampai 5 ke 6 helai.

Tapi mak aku ada taktik yang lain. Selepas beli kain-kain batik, kami akan pergi Waterfall sambil berkelah. Mak aku akan celup kain-kain batik dalam air supaya basah dan renyuk. Bila kastam periksa beg, dia akan sangka kain lama yang telah guna…selamat, tak kena cukai.

Nama jalan kat Penang ada yang pelik-pelik. Banyak nama orang putih, nama Cina, India, Acheh, Arab, Burma, Armenia dan Yahudi. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) … tapi aku suka nama jalan ni…..Love Lane.

Satu lagi, kalau  pergi Penang tak makan nasi kandar, tak sah. Tempat makan yang paling aku suka ialah Nasi Kandar Line Clear, dekat persimpangan Chulia Street dengan Penang Road. Kalau time tengah hari, kena beratur panjang untuk dapatkan nasi kandar. Ada yang sanggup beratur dalam panas terik!

Kedai nasi kandar ni cuma tumpang tepi kedai, tapi pelanggan  cukup ramai. Kebanyakannya adalah regular customer, tak kira Melayu, Cina, India dan juga orang putih.

Inilah nasi kandar yang membuatkan orang sanggup beratur dalam panas terik. Dengan telur dadar, kari ikan dan kacang bendi , membuat menitik air liur. Siapa yang yang makan sekali, tentu akan datang lagi.

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Makanan, Nostalgia, pemandangan, percutian, Tempat Menarik

Melawat Ladang Anggur Di Sik, Kedah: Beris Vineyard

Baru-baru aku berpeluang melawat Ladang Anggur Tasik Beris ( Tasik Beris Vineyard) di Sik, Kedah . Ladang terletak tidak jauh dari pekan Sik dan berada betul-betul di tepi Tasik Beris ( Tasik buatan manusia yang terjadi hasil dari Empangan Beris).  Sebelum ini, ada kawan-kawan  yang dah pergi dan menceritakan  tentang ladang ini. Mereka dah pun beli dan makan anggur di situ yang rasanya amat manis. Dulu kita pernah dengar anggur telah ditanam di negeri Perlis.

Kalau anda berada di Kedah, aku syorkan supaya cubalah datang melawat ke ladang ini.  Dari Lebuhraya PLUS, ambil exit keluar dekat Gurun. Dari situ teruskan perjalanan ke Pekan Sik yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Apabila sampai Pekan Sik, ambil laluan untuk ke Gulau dan 10 minit perjalanan akan ke ladang ini.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

Tak susah untuk mencari tempat ini. Dari tepi jalanraya di sebelah kanan akan nampak  papantanda ini. Kenderaan boleh masuk sampai ke tepi ladang ni.  Untuk masuk, dikenakan sedikit bayaran (semasa aku datang dengan kawan2 baru ni, masuk percuma lagi)

Apabila masuk ke dalam kawasan ladang itu, kelihatan kawasan tanaman anggur di dalam binaan seperti “rumah” yang ditutupi jaring putih.  Ada banyak “rumah” anggur dan setiap satu bersaiz padang bola.

Selain daripada ladang, ada juga disediakan kedai menjual buah anggur. Aku beli satu paket anggur berharga RM10 (500gm) …dan rasanya sungguh manis.

Selain itu, ada juga dijual produk  anggur seperti jus anggur serta losyen biji anggur…jangan bimbang, tak akan mabuk minum air anggur tu…

Ladang Anggur Tasik Beris

Daripada berita dalam surat khabar , ladang ini diusahakan oleh syarikat swasta iaitu  Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Selain dari melawat ladang anggur, pemandangan Tasik Beris ini sangat cantik. Sesiapa yang datang melawat Sik, aku rekomen supaya melawat Tasik Beris ini… pemandangan yang cantik dan tenang.

Pemandangan Tasik Beris dari Ladang Anggur

Tasik Beris, SIK, Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah

Pemandangan dalam ladang anggur. Fasa pertama ditanam dengan 1,000 pokok di kawasan seluas 1.6 hektar. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan modal RM500,000.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

Pokok anggur yang ditanam sejak kecil akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 bulan untuk matang dan mengeluarkan hasil. Anda boleh masuk ke dalam tempat penanaman anggur sambil melihat dan memegang buah anggur yang bergantungan ditangkainya. Tapi awas, jangan petik atau makan buah anggur di sini, sebab ada racun yang telah disembur. Kalau nak makan, boleh beli di kedainya, buah yang sudah dicuci .

Grapes at ladang Anggur Tasik Beris

Buah anggur yang sudah masak dan sedia untuk dipetik.

Anggur yang di tanam di sini adalah  baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.Anggur yang berwarna hijau, aku tak tau nama dia.

Anggur, Tasik Beris, Sik, Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris

Anggur yang ditanam di sini menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

Young grapes plantPengalaman berjalan dalam ladang ni amat mengasyikan, melihat buah-buah anggur yang bergantungan dan keadaan ladang yang terjaga dengan rapi dan bersih ini.  Aku dimaklumkan oleh pekerja di situ, terdapat satu ladang lagi yang lebih besar terletak di Sungai Senam, tak jauh dari situ. Ladang itu juga dimiliki oleh syarikat yang sama tetapi tidak dibuka untuk lawatan. Sebelum balik, belilah buah anggur dan produk anggur seperti jus anggur dan losyen biji anggur sebagai tanda anda sudah sampai ke sini.

7 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik