Orang Gemuk Tidak Boleh Sewa Basikal

Imej

Aktiviti menunggang basikal adalah satu cara senaman yang boleh menyihatkan badan. Kesedaran tentang kebaikan menunggang basikal semakin bertambah dengan kempen dan pendedahan oleh media massa. Bagi penduduk di bandar, dengan berbasikal bukan saja dapat menyihatkan badan, malah dapat mengurangkan kesesakan di jalanraya. Perkara ini sangat popular di luar negara tetapi di negara kita masih belum mendapat sambutan.

 Di kota New York, banyak inovasi telah diperkenalkan dan salah satunya ialah program sewa basikal yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan New York. Di kota ini  ada 1.000 basikal yang boleh disewakan. Caranya mudah, cuma membayar yuran sebanyak USD95 (lebihkurang RM 300)  setahun.

 Apabila anda telah membayar yuran, anda akan mendapat kad keahlian. Untuk  menyewa basikal anda perlu masukkan kad keahlian itu di 100 stesen basikal yang terdapat di kota ini. Nah, sekarang anda sudah boleh mengayuh basikal ke mana saja yang anda ingini.

 Jika sudah selesai naik basikal, anda boleh  kembalikan ke stesen basikal  yang ada di mana-mana.  Tapi  sayangnya sewa basikal  ini tidak dibenarkan   bagi mereka yang berbadan besar iaitu berat melebihi 117 kilogram. Tentu saja peraturan ini membuat sebahagian calon penyewa basikal ada yang marah.

Imej

Tempat penyewaan basikal untuk umum sebagai salah satu usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas. Selain murah, berbasikal juga dapat menyihatkan badan.

” Peraturan yang tidak adil, keterlaluan, berat badan 117  kg tidak akan merosakkan basikal. Bagi saya, ini sudah diskriminasi, ” ujar Juleissy Lantigua,19, yang kesal dengan peraturan tersebut. Sementara itu, ada juga yang berpendapat, untuk mengurangkan obesiti tidak perlulah melarang orang gemuk bersukan dengan berbasikal.

Imej

Seorang lagi peminat basikal, Jhoskairan Ferman ,20, berkata, ” Orang yang berat badannya 118kg  atau 135kg  juga ingin menunggang basikal, seharusnya dibolehkan menyewa basikal itu. Ini kerana berbasikal merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat sekaligus menurunkan berat badan, “

 Pengarah Jabatan Pengangkutan New York menjawab protes orang ramai itu dengan menyatakan bahawa peraturan tersebut bukan tetap lagi dan masih boleh disesuaikan dengan keadaan. Sebenarnya peraturan itu untuk keselesaan dan keselamatan pengguna  juga kerana saiz badan mempengaruhi kawalan basikal semasa menunggangnya.

 Sumber: Reuters.

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Tinggalkan komen