Mengenai Saya

Gambar semasa di tempat kerja

Suhaime Md Sulong

Berasal dari Baling, Kedah, MALAYSIA.
Dilahirkan 2 tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu, di sebuah kampung di dalam Daerah Baling pada 26 Oktober. Semasa di sekolah rendah menyimpan cita-cita untuk melihat dan melawat serta menjelajah ke serata dunia. Tempat-tempat yang menarik di luar negara hanya dikenali melalui melalui pembacaan buku pada masa itu .Pada tahun 60-an, keadaan hidup agak sukar dengan serba kekurangan. Hanya televisyen sahaja yang dapat membuka minda dan gambaran tentang negara luar. Keinginan menjejak kaki ke luar negara masih belum tercapai.
Bersekolah rendah di SK. Kuala Kupang ( 1966 hingga 1970),cuma 5 tahun sahaja kerana mengikuti kelas ‘lompat’.

Melalui kelas ‘lompat’, kami tidak masuk Darjah 4, sebaliknya terus ‘lompat ke Darjah 5.

Di Darjah 5, ada peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang akan menentukan kemasukan ke sekolah asrama jika mendapat keputusan yang baik.

Semasa Darjah 6 pada Tahun 1970

Semasa di sekolah rendah, selain dari diajar menulis, membaca dan mengira, kami juga diajar subjek-subjek lain. Di antaranya ialah Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Hisab, Tawarikh, Bahasa Inggeris, Lukisan, Agama Islam dan Senaman.

Kegiatan luar bilik darjah pula ialah seperti Pengakap, Pandu Puteri dan St John Ambulance.

Bersekolah menengah di SMK. Kuala Pegang (1971-1973 ) iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Selepas peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) melanjutkan pelajran di SMK. Khir Johari, Sungai Petani ( 1974 – 1977), iaitu dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6.

Selepas mendapat STP (Sijil Tinggi Persekolahan) ,menyambung pelajaran di sebuah kolej di Pulau Pinang (1978 – 1979) dan mula bekerja pada tahun 1980.

Mula bekerja pada tahun 1980 dan ditempatkan di daerah Sik, Kedah. Tempat yang agak pedalaman yang tiada kemudahan elektrik dan air. Mandi air telaga dan malam menggunakan pelita minyak tanah. Keadaan yang serba kekurangan ini menjadikan kehidupan lebih menarik dan lebih kreatif.


Tahun 1988, bertukar tempat kerja ke daerah Baling sehinggalah sekarang.

Mula membuka blog ini pada September 2009. Blog ini merakam dan mencatat apa saja yang terlintas di fikiran. Sama ada berita, cerita atau nostalgia kisah hidup.  Apa yang tercatat dalam blog ini sekadar ingin berjinak dengan dunia IT dan kalau boleh mendapat ramai kenalan dari merata dunia.

Blog pertama yang dibuka ialah bertajuk “Masihkuingat” yang menggunakan blogspot. Ternyata amat mudah mencipta blog menggunakan blogspot itu. Selepas itu, melihat ada kawan-kawan menggunakan wordpress, lalu mencuba. Jadi inilah hasilnya dan aku masih baru dalam wordpress. Terasa agak susah menggunakan wordpress kerana telah biasa dengan blogspot.

Juga mempunya blog lain iaitu :
1. “MASIHKUINGAT” di http://sohighmay.blogspot.com
2. “MASAYANGBERLALU”di http://blogsuhaime.blogspot.com

Boleh dihubungi melalui e-mail :

sohighmay@gmail.com

sohighmay@yahoo.com.my

4 responses to “Mengenai Saya

  1. I hope you have many hours of fun with your blog.🙂 Thank you for your visit to my blog.🙂

  2. Salam kenal….
    Salam Persahabatan…🙂

  3. JosephFranplou

    Interesting info at least I think so. Thnx a lot for posting this info.

    Joseph Franplou
    cellular signal jammer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s