Tajamkan Gergajimu!

bosan-1Pada awal perkhidmatan iaitu dari satu hingga enam tahun, kerjaya sebagai guru sangat menarik.  Boleh dikatakan semua kerja dan aktiviti sekolah dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan. Malah ada ketikanya sanggup mengorbankan masa cuti untuk menyiapkan kerja yang berkaitan dengan sekolah.

Namun selepas tahun demi tahun apabila kerja makin bertambah dan cabaran kian meningkat, perasaan jemu mula bertandang di hati. Saban tahun melalui situasi ,tugasan dan persekitaran tempat kerja yang sama . Bosan…bosan…bosan, itu yang bersarang di kotak minda. Jadi apa yang perlu dibuat?

Jawapannya : TAJAMKAN GERGAJIMU!

gergaji-kayu-stanley

Kisah “tajamkan gergajimu”  akan kita temui bila membaca buku-buku motivasi atau pengurusan diri. Begini kisahnya….

Seorang penebang balak (lumberjack) bernama John sedang berusaha keras memotong kayu balak menggunakan gergaji yang telah tumpul (gergaji itu telah digunakan sejak dulu lagi semasa dia mula bekerja.) Diwajahnya tergambar yang dia amat letih. Bajunya basah oleh peluh yang mencurah.

Seketika itu, lalu seorang pendeta melintasinya.  Melihat keadaan John, timbul rasa kasihan di dalam hatinya. Lantas dia cuba memberi nasihat dan panduan yang dirasakan dapat membantu John.

“Wahai orang muda, berhenti dulu. Tajamkan gergajimu, kemudian teruskan kerja.”

“Tidak, saya perlu siapkan segera kerja saya.” balas John.

John terus bekerja dalam keadaan begitu. Masa dan tenaga yang dicurahkan tidak setimpal dengan hasil yang diperolehi. Sepatutnya, dia perlu berhenti sebentar untuk menajamkan gergajinya sebelum meneruskan kerja.

Begitulah juga seorang pendidik yang akan berhadapan dengan situasi dan cabaran yang sama, sudah tentu mengundang kebosanan dan jemu. Jadi apakah penyelesaiannya? Tajamkan gergaji! . Dengan gergaji tajam, insya Allah kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan serta menjimatkan masa dan tenaga. Oleh itu wahai guru, Berhenti Sekejap, lakukan refleksi dan muhasabah diri sendiri.

Sebelum keadaan menjadi parah, rancang sesuatu untuk mengembalikan keceriaan dalam bertugas, kepuasan bekerja dan motivasi yang tinggi.

Olahan dari petikan : Majalah Solusi edisi Februari 2013

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s