Category Archives: Agama

Mentari terbenam…Indahnya ciptaan Allah

sunset2

Hari ini saya berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Ilahi ketika matahari terbenam di ufuk barat. Saya kebetulan berada di kawasan lapang dengan garis-garis halus pepohon di kaki langit petang menjadikan pemandangan yang sangat indah. Terpegun saya melihat kecantikan merah matahari meliputi seluruh kawasan bagaikan satu lukisan yang sangat cantik.

beautiful-sunsets-13Limpahan merah mentari petang membuatkan dedaun pokok yang hijau juga kelihatan merah…begitu mempersonakan. Pada waktu itu, hati berasa sangat tenang dan syahdu mengiringi terbenamnya mentari. Burung-burung kelihatan terbang mencari sarang masing-masing (tetapi anehnya…masih ada manusia  yang belum pulang ke rumah!)

beautiful-sunsets-27Akhirnya terdengar sayup-sayup azan berkumandang menandakan telah masuk waktu salot maghrib. Allah Akbar..Allah Akbar.

Terasa cepat betul masa berlalu berlalu….

Tinggalkan komen

Filed under Agama, Menarik, pemandangan

Kenangan: Musim Haji Tahun 1432 Yang Lalu..

Menunaikan Haji, adalah Rukun Islam yang kelima dimana umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mengunjungi Baitullah di Kota Mekah dengan satu tujuan dan niat yang suci iaitu mencari keredhaan Allah. Musim haji tahun ini telah pun berlalu meninggalkan kenangan yang dirakamkan melalui gambar-gambar berikut ini.

Berpuluh-puluh ribu jemaah haji sedang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Bermunajat dan memohon doa di atas Jabbar Nur selepas menziarahi gua Hira’.

Pemandangan dari helikopter menunjukkan ribuan khemah jemaah haji yang dipasang untuk jemaah haji ketika berwukuf .

Pemandangan di Masjidil Haram, lihatlah betapa ramainya jemaah haji memenuhi setiap inci ruang di Masjidil haram semasa  sembahyang Maghrib .

Kelihatan tiang-tiang yang menyemburkan wap air yang kelihatan seperti kabus untuk menyejukkan suasana di sekitar Arafah. Berbagai kemudahan dan inovasi yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan tetemu Allah pada musim haji ini.

Jemaah haji sedang melakukan rukun haji iaitu melontar di Jamrah.

Binaan pada jamrah dibuat bertingkat-tingkat  supaya lebih ramai jemaah haji dapat melakukan ibadah melontar dengan lebih mudah pada satu-satu masa.

2 Komen

Filed under Agama, Haji, Islam, Nostalgia, Pengetahuan, Tempat Menarik

Teringat Musim Haji Zaman Dulu

Kaabah waktu malam..sumber:google

Pada minggu ini bermulalah bakal-bakal haji berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Ramai juga kawan-kawan aku yang berpeluang mengerjakan haji pada tahun ini. Minggu ini sahaja 4 orang telah berlepas dengan menaiki kapal terbang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Aku teringat musim haji pada zaman dulu iaitu pada tahun 1960an. Untuk pergi ke Tanah Suci Makkah, jemaah haji kena menaiki kapal laut. Masa itu aku masih berada di sekolah rendah lagi, berumur 7 atau 8 tahun. Apabila ada seorang penduduk kampung kami akan menunaikan haji, kami akan menyewa bas menghantarnya ke Pelabuhan Pulau Pinang. Pada masa itu, tambang untuk menaiki kapal laut ke Makkah kira-kira RM2,500 sahaja. Biasanya kami akan bertolak awal sehari dengan bas. Kapal haji akan berlabuh dekat Padang Kota Lama (Port Cornwallis) di Pulau Pinang dan kami beramai-ramai bermalam disekitar Padang Kota lama itu.

Perjalanan dengan kapal laut mengambil masa berbulan-bulan, jadi jemaah haji kena bawa bekalan makanan (ikan kering,beras dan lain-lain), kain baju dan perkakas memasak. Semua barang-barang itu dimasukkan ke dalam kotak kayu yang besar yang dipanggil Tong sahara ( kami sebut “Tong Sara” sahaja).

Saat yang paling sedih dan sayu, apabila azan dilaungkan beberapa saat sebelum kapal belayar. Ada sanak saudara yang menangis kerana belum tentu dapat berjumpa lagi dengan jemaah yang pergi ke Makkah. Aku dengar cerita, apabila ada jemaah haji yang meninggal dunia di atas kapal, jenazahnya akan dikebumikan ke dalam laut.

Gambar Kaabah Zaman Dulu

Gambar Kaabah Zaman Dulu.. Sumber: Google

Selepas 3 atau 4 bulan, jemaah haji akan pulang ke Tanah Air dan bergelar “Haji” atau “Hajjah“. Jemaah haji lelaki akan memakai serban sejak pulang dari Makkah hinggalah ke akhir hayatnya. Jadi pada zaman itu, kalau terjumpa orang memakai serban, kita akan tahu bahawa dia telah mengerjakan haji. Berbagai buah tangan yang dibawa balik dari Makkah, yang pastinya Air Zam Zam, tasbih, kopiah putih dan gelang Makkah( dibuat daripada plastik berwarna hitam).  Sesiapa yang datang melawat jemaah haji yang baru pulang akan diberikan salah satu daripada benda-benda itu. Aku masih ingat, aku dapat ‘kamera kotak’ yang ada gambar Makkah dan Madinah. Apabila dipetik, gambar akan bertukar dari satu gambar kepada gambar yang lain ( Aku lihat ada tertulis “Made in China” pada kamera kotak itu!)

 

2 Komen

Filed under Agama, Cerita, Islam, Nostalgia

Simpan 30 sen Sebulan, Dapat Tunaikan Haji

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sumber : Berita Harian Online.

Langit Biru: Kalau simpan RM200 sebulan pun belum tentu dapat pergi haji jika selalu keluarkan balik simpanan tu!

2 Komen

Filed under Agama, Cerita, Islam, Pengajaran, Pengetahuan

Menara Jam Makkah

 Bermula awal Ramadhan yang lalu ( 11 Ogos 2010) , Abraj Al Bait-Menara Jam di kota suci Makkah  menjadi  menara jam tertinggi di dunia. Projek yang diilhamkan oleh  Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah bin Abdul Aziz.

Menara jam ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan dalam satu kompleks yang mengandungi apartmen, hotel, pusat persidangan, supermarket dan beberapa kemudahan lagi.

Jam besar itu  ditempatkan di atas menara ke tujuh    menjadikannya  jam tertinggi di dunia.  Dengan binaan menara jam tertinggi ini menyebabkan orang Barat merasa cemburu. Aku terbaca komen dalam internet yang mereka memperlekehkan menara jam ini…komen orang kecewa. Tambahan pula cadangan oleh Arab Saudi ingin menjadikan waktu pada jam itu panduan AST (Arab Standard Time) bagi menggantikan GMT (Greenwich Mean Time) . Masa yang ditetapkan ialah 3 jam mendahului GMT.

Menara  ini mempunyai  empat muka jam bagi setiap sisi menaranya. Dua  jam utama yang berada pada ketinggian 80 meter dan dihiasi dengan nama Allah, dan mempunyai diameter 39 meter. Dua muka jam lagi akan ditempatkan pada ketinggian 65 meter tinggi dan berukuran diameter 25-meter. Jurutera dari Germany dan Swiss telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi untuk membuat rekabentuk jam tersebut. Kos projek ini berharga EURO 800 juta.


Terdapat  lif yang disediakan untuk membawa pengunjung ke balkoni  yang terletak di bawah empat muka  jam itu. Pengunjung boleh melihat pemandangan Kota Suci Mekah dan Kaabah yang terletak di bahagian depan menara tersebut.   Syarikat yang  membangun dan memasang menara jam ini ialah  Binladin Group. Binaannya sarat dengan bentuk senibina Islam , mengandungi 7 menara yang berdekatan. Terdapat  6,000 unit rumah dalam kompleks ini  dan nilai pelaburan dikatakan lebih dari SR6 bilion (US $ 1.6 bilion).

Sebuah hotel dibina dalam kompleks ini, dengan 1005 bilik dan 76 lif,  yang akan menjadi bangunan kedua  tertinggi di dunia yang mempunyai jam puncaknya  . Jika dibandingkan ,  jam ini adalah enam  kali lebih besar daripada London Big Ben.


Ketinggian Menara Jam Makkah ini  hanya kurang 11 meter  lebih rendah dari Khalifa Burj Dubai (menara tertinggi di dunia – ketinggiannya 828 meter) . Malahan bahagian konkrit dari Menara Jam Makkah ini adalah lebih tinggi dari bangunan kedua tertinggi saat ini di dunia,Bangunan  Taipei 101 di Taiwan.

Muka jam dihiasi dengan mozek yang diperbuat dari gentian karbon dan diterangi oleh 2 juta lampu LED. Jarum panjang jam ini berukuran 22 meter dan jarum pendek pula berukuran 17 meter. Latar belakang jam dihiasi gambar pedang bersilang dan pokok tamar, simbol negara Arab Saudi.

Pandangan pada waktu malam. Muka jam bercahaya dengan lampu berwarna hijau.  Selain itu, sebanyak 21,000 lampu putih dan hijau yang dipasang pada bahagian atas jam akan memancar cahaya sejauh 30km setiap kali masuk waktu sembahyang. Pada waktu tertentu, ada 16 baris lampu akan memancarkan cahaya kira-kira 10 km ke angkasa

4 Komen

Filed under Agama, Binaan, Islam, Teknologi

Kenapa Tak Rogol Saya ?

Kisah benar ini berlaku di Amerika Syarikat.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam Wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia ternampak ada seorang lelaki kulit putih bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia terus membaca ayat Kursi berulang kali dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Semasa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dilaluinya semalam. Kejadian rogol itu terjadi hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Wanita ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti yang cukup bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Wanita  ini berasa hairan dan tertanya-tanya  juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu. Sebaliknya lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ...”
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Tinggalkan komen

Filed under Agama, Cerita, Pengajaran

Cerita Hari Ibu


Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.

Pada hari Ahad 9 Mei 2010, seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Kepada semua ibu-ibu di luar sana, diucapkan Selamat Hari Ibu dan terima kasih kerana telah melahirkan kami. Terima kasih kerana telah menyayangi kami. Terima kasih telah mengajar kami. Terima kasih kerana telah membimbing kami. Terima kasih untuk segala-galanya.

Mungkin sebelum ini kita tidak punya masa untuk bersama ibu tetapi sempena hari ibu ini, apa kata kita luangkan sedikit masa bersama ibu. Ucapkanlah ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka. Ya, mereka tidak meminta balasan yang besar, mereka juga tidak meminta harta yang bertimbun-timbun dan mereka juga tidak memerlukan kemewahan yang diberikan oleh anak-anak. Tetapi, hanya dua perkara sahaja yang mereka inginkan iaitu kejayaan anak-anak dan doa dari anak yang soleh…

Hargailah dan sayangilah ibu semasa mereka masih hidup. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa dan amal soleh kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Disini aku sertakan satu kisah berkaitan dengan seorang anak dan ibu.

MY MOTHER STORY

My mom only had one eye. I hated her. She was such an embarrassment. She cooked for student and teacher to support the family.

There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me?!. I ignored her, threw her a hateful look and ran out.

The next day at school one of my classmates said,

“Eeee, your mom only has one eye!”.

I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear. So I confronted her that day and said,

“If you’re only gonna make me a laughing stock, why don’t you just die?!!”

My mom did not respond…
I didn’t even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feeling. I wanted out of that house…
So I studied real hard, got a chance to go to Singapore to study.

Then, I got married and bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life. Then one day, my mother came to visit me. She hadn’t seen me in years and she didn’t even meet her grandchildren!. When she stood by the door, my children laughed at her. I screamed at her,

“How dare you come to my house and scare my children!, GET OUT OF HERE! NOW!”

And to this, my mother quietly answered,

“Oh, I’m so sorry. I may have gotten the wrong address,” and she disappeared out of sight.

One day, a letter regarding a school reunion came to my house. So I lied to my wife that I was going on business trip.

After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity!. My neighbors said that she died. I did not shed a single tear!. They handed me a letter that she wanted me to have…

“My dearest son, I think of you all the time. I was so glad when I heard you were coming for the reunion. I’m sorry that I came to Singapore and scared your children. But I may not be able to even get out of bed to see you. I’m sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up.
As a mother, I couldn’t stand watching you having to grow up with one eye. You see… when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couldn’t stand watching you having to grow up with one eye. So, I gave you mine…
I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.

With my love to you,
Your mother

Tinggalkan komen

Filed under Agama, Pengajaran