Category Archives: kreatif

Jeans baru dengan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara

Jika andatidak boleh berpisah  lebih daripada beberapa saat jauh dari komputer anda, maka ciptaan baru mungkin untuk anda.

Itu kerana dua orang  pencipta Belanda telah membangunkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada ungkapan ‘komputer riba’.

Seluar jeans, yang dikenali sebagai Beauty and the Geek, didatangkan dengan papan kekunci berfungsi sepenuhnya, tetikus dan pembesar suara bersepadu ke dalam kain kaki seluar tersebut.  Rekaan ini  adalah idea syarikat reka bentuk Nieuwe Heren, yang dikendalikan oleh Erik de Nijs dan Tim Smith.

new-design-pair-dutch-inventors-has-created-pair-jeans-integrate-fully-_t3id

 

use-jeans-stay-connectedcomputer-via-wireless-technology-and-allowuser-_t3igSeluar jeans terus berhubung dengan komputer melalui teknologi tanpa wayar dan membolehkan pengguna untuk bergerak semasa menaip. Tetikus pula  berfungsi  menggunakan tali elastik yang disambung pada seluar jeans.

 

nieuwe-herenbeauty-andgeek-concept-incorporates-keyboard-into-pair-jea-_t3ie

remarkably-jeans-include-built-speakers-_t3ih

Pembesar suara (speaker) yang dipasang pada bahagian tepi seluar.

pair-jeans-_t3ijSesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkannya bila jeans ini mula dipasarkan. Harga ? Belum tahu lagi…

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under kreatif, Menarik, pelik

Motor Antik

Honda Cup C70 keluaran Tahun 1976
Sumber : Google

Motorsikal Honda  Cub keluaran negara Jepun  memang cukup terkenal sekitar tahun 70an lagi. Pada masa itu, di atas jalanraya boleh dikatakan dipenuhi dengan motor Honda Cub. Walaupun ada motorsikal jenama lain juga dari Jepun seperti Suzuki, Yamaha dan Kawasaki, namun  Honda Cub tetap menjadi pilihan ramai.

Motorsikal Honda Cub menjadi pilihan ramai kerana kelebihannya yang  tiada pada motorsikal lain. Antaranya ialah harganya yang murah, menjimatkan minyak dan tahan lasak. Alat gantinya pula mudah didapati serta enjin yang ringkas, mekanik tepi jalan pun boleh baikinya kalau rosak.

Selepas lebih 30 tahun, motor Honda Cub masih diminati dan menjadi   menjadi buruan peminat motor antik. Harganya menjadi semakin mahal sekiranya peralatan pada motor itu  masih yang original.

Baru-baru ni aku dapat melihat sebuah motor Honda Cub yang antik semasa singgah di rumah kawan di Perlis. Motor yang berusia 35 tahun itu kelihatan cantik selepas melalui beberapa proses ubahsuai.

Walaupun ada beberapa bahagian yang sudah tidak original lagi, tetapi masih kelihatan cantik. Memang agak susah untuk mendapatkan alat ganti yang original, kena rajin mencari dan bertanya peminat motor antik juga.

1 Komen

Filed under Antik, kreatif, Menarik, Nostalgia

10 Bus Stop yang sangat kreatif!

Penantian itu satu penyeksaan…begitu juga bagi orang yang menunggu bas. Tetapi kalau ada rekabentuk bus stop yang kreatif dan luar biasa boleh menghilangkan kebosanan semasa menunggu bas.

Bus stop yang berbentuk tiang gol terdapat di bandar Sao Paolo, Brazil.

Bus stop yang berbentuk buah strawberry banyak terdapat di Jepun.

Hammock bus stop…rilek sementara menunggu bas tiba.

Bus stop ini diperbuat daripada tiga buah bas sekolah lama.

Bus stop yang fully aircon di Dubai!

Ini bukan bus stop yang biasa, ia dihiasi dengan pokok-pokok bunga dengan menarik sekali yang terdapat di England.

Bentuk bus stop ini pula sangat kreatif iaitu seperti buah tembikai yang terdapat di Ishaya, Jepun.

Main buai dulu sementara menunggu bas sampai….bus stop ini terdapat di London

Simple tapi menarik…bus stop di German.

Bumbung bus stop ini ditanam dengan rumput , terdapat di Sheffield, England.

4 Komen

Filed under Cerita, kreatif, pelik, Teknologi, Uncategorized

Sebelum Ada MPV, Volkswagen Kombi dah muncul.

Lama sebelum zaman Estima dan Alphard, malah ketika istilah MPV belum muncul, jenama Volkswagen telah bermula dengan model Volkswagen Kombi. Dikenali sebagai Volkswagen Type 2, ia merupakan projek kedua selepas Beetle yang juga penghasilan minivan paling lama dalam sejarah. Pengeluaran van itu bermula pada tahun 1950. Walaupun generasi baru seperti Transporter muncul, Kombi masih lagi dikilangkan. Benar, kilang VW di Brazil masih lagi menghasilkan kenderaan tersebut!

Baru-baru ini, aku terjumpa VW Kombi yang sangat cantik semasa majlis kenduri kawan di sini. Sungguh menarik kereta antik ni dan aku pun snap beberapa gambar.


Rupa-rupanya van Volkswagen ini digunakan untuk membawa pengantin. Bersama-sama mengiringi van VW ini ialah beberapa buah Volkswagen Beetle yang antik juga (aku difahamkan mereka dari Kelab VW di daerah Baling) .

Bahagian dalam Volkswagen Kombi ini telah diubahsuai dengan kreatif sekali. Tempat duduknya sangat luas dan selesa dan kelihatan seperti sette di ruang tamu rumah. Bahagian ini telah dimodified dan ditambah aksesori yang dibuat daripada kayu seperti meja dan kabinet tepi. Di bahagian belakang pula terdapat kabinet kayu seperti almari untuk menyimpan baju dan lain-lain.Memang menarik dan terpesona, tak puas mata memandang.

Tapi sayang, tak sempat berjumpa dengan tuan empunya untuk bertanya tentang VW Kombi ni. Tapi rasanya kalau dinilai dari segi harganya, tentu sama dengan harga Alphard kot!

Tinggalkan komen

Filed under kereta, kreatif, Menarik, Nostalgia, pelik

Leaning Tower: Menara Condong Teluk Intan


Ini bukan Menara Condong Teluk Intan, tapi Leaning Tower of Pisa ataupun Menara Condong Pisa . Binaan ini telah menjadi terkenal  dan antara benda-benda ajaib di dunia yang mesti dilawati atau dikunjungi.

Semasa di sekolah rendah dulu , pada tahun 70an, kita belajar dalam  mata pelajaran Tawarikh ( kini Sejarah) tentang menara condong ini.

Tapi di Malaysia pun ada juga seakan-akan Menara Condong Pisa itu di Teluk  Intan. Pada 23 Jun 2011 yang lalu, aku telah berkunjung ke sana. Masa tiba hari dah malam, jadi aku rakamkan gambar-gambar menarik ini.

Menara  ini dibina pada tahun 1892 dan terletak di antara  Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong. Menara ini juga dikenali sebagai Jam Tinggi oleh orang Teluk Intan.

Pada masa dahulu menara ini berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada waktu malam, lampu pada menara ini akan bertukar warna setiap minit. Sekejap warna biru, kemudian, merah, kuning dan hijau. Cukup indah dan menarik.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air tetapi jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.

Dari luar kita nampak menara menara jam ini seperti mempunyai  lapan(8) tingkat, tapi sebenarnya hanya terdapat tiga(3) tingkat sahaja…pelik kan?

Sebab apa menara ni condong? Mengikut cerita, menara ini dibina di atas struktur tanah yang lembut dan terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

 

4 Komen

Filed under Binaan, Cerita, kreatif, Lawatan, pelik, Teknologi, vacation

Ukiran Unik di Pokok

Kreativiti seseorang artis tiada hadnya untuk  berkarya dan melahirkan hasil seni. Mereka akan menggunakan berbagai medium untuk menghasilkan karya seni mereka. Ada artis menggunakan kanvas untuk berkarya, ada juga menggunakan objek-objek seperti besi, kaca dan sebagainya bagi mencipta sesuatu hasil seni.

Salah satu hasil seni yang menakjubkan ialah ukiran pada  pokok-pokok yang masih hidup. Batang pokok ini diukir bentuk beberapa ekor haiwan prasejarah, dinasour .

Berbagai-bagai bentuk ukiran pada batang pokok ini. Hasil seni ini akan kekal selagi pokok ini hidup.

Begitu juga dengan pokok ini, terdapat ukiran bentuk binatang yang nampak macam real.

Bentuk seekor badak sumbu pada dahan pokok. Kehalusam ukiran oleh insan yang mahir sehinggakan nampak hidup.

Ukiran seekor beruk pada batang pokok

Ini pula ukiran seekor labah-labah  yang besar seperti mendakap batang pokok ini.

Yang ini lagi real, nampak seperti hidup, seekor ular sawa yang melengkar di perdu pokok.

Adakah artis Malaysia boleh buat seperti ini? Harap-harap akan ada suatu hari nanti,

1 Komen

Filed under kreatif

Otak Lelaki dan Otak Perempuan

Seorang kawan mengirim email kartun ini, walaupun aku rasa pernah melihatnya dulu, tapi aku paparkan untuk tatapan pembaca. He..he dalam kelucuan ada kebenarannya. Setuju tak ?

Di manakah terletaknya otak lelaki berbanding otak perempuan?

Dalam situasi begini, apakah yang berlegar dalam pemikiran seorang lelaki dan wanita?

 Bila didepan cermin, wanita risau dan berasa badannya gemuk. Lelaki pulak sebaliknya!

Orang perempuan lebih kompleks daripada orang lelaki, betulkah?

Pemikiran lelaki dan perempuan kadangkala jauh berbeza, macam langit dengan bumi!

Orang lelaki ni asyik nak menipu saja….tak kira masa masa dan tempat . Tapi bukan semua orang perempuan  boleh ditipu!

SEKADAR SUKA-SUKA

Aku nak  berkongsi satu soalan uji IQ untuk menguji keunikan otak lelaki dan otak perempuan.  (Kalau sesiapa yang dah tahu, tak perlulah menjawab)

Soalannya ringkas sahaja..

“Kira berapa jumlah huruf ‘F’ dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai..??
Ok sila bagi jawapan dengan ikhlas….

Kalau jawapannya 3 anda memang seorang lelaki..
Tetapi betul ke hanya ada 3 huruf  ‘F’ ?

Sila baca sekali lagi! Jawapan sebenarnya adalah 6…
Sebab berlakunya perkara tersebut adalah kerana otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 huruf F pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN! He..he..

7 Komen

Filed under kreatif, Lucu, Uncategorized