Category Archives: Menarik

Jeans baru dengan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara

Jika andatidak boleh berpisah  lebih daripada beberapa saat jauh dari komputer anda, maka ciptaan baru mungkin untuk anda.

Itu kerana dua orang  pencipta Belanda telah membangunkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada ungkapan ‘komputer riba’.

Seluar jeans, yang dikenali sebagai Beauty and the Geek, didatangkan dengan papan kekunci berfungsi sepenuhnya, tetikus dan pembesar suara bersepadu ke dalam kain kaki seluar tersebut.  Rekaan ini  adalah idea syarikat reka bentuk Nieuwe Heren, yang dikendalikan oleh Erik de Nijs dan Tim Smith.

new-design-pair-dutch-inventors-has-created-pair-jeans-integrate-fully-_t3id

 

use-jeans-stay-connectedcomputer-via-wireless-technology-and-allowuser-_t3igSeluar jeans terus berhubung dengan komputer melalui teknologi tanpa wayar dan membolehkan pengguna untuk bergerak semasa menaip. Tetikus pula  berfungsi  menggunakan tali elastik yang disambung pada seluar jeans.

 

nieuwe-herenbeauty-andgeek-concept-incorporates-keyboard-into-pair-jea-_t3ie

remarkably-jeans-include-built-speakers-_t3ih

Pembesar suara (speaker) yang dipasang pada bahagian tepi seluar.

pair-jeans-_t3ijSesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkannya bila jeans ini mula dipasarkan. Harga ? Belum tahu lagi…

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under kreatif, Menarik, pelik

Memberi Ikan Makan di Fish Farm

Dalam lawatan ke Langkawi, sekiranya mengambil pakej lawatan ke Kilim Geoforest Park, anda akan dibawa singgah di Fish Farm. Fish farm ini terdapat di sepanjang Sungai Kilim. Salah satunya yang terkenal iaitu Fish Farm dan restaurant terapung Hole in the Wall.

Apabila sampai di fish farm itu, anda akan disambut oleh seorang remaja yang menjadi seolah-olah tourist guide dan membawa kita melihat kawasan sekitar. Ada banyak ikan-ikan besar yang dipelihara dalam sangkar.

 

 

Photo0446Seterusnya anda akan ditunjukkan bagaimana cara memberi makan ikan pari. Ikan pari itu sangat besar yang ukuran lebarnya hampir 1 meter.

Photo0449Caranya mudah sahaja, cuma ambil sekeping isi ikan dan goncang-goncangkan dalam air. Tak sampai seminit, ikan pari akan timbul dan menyambar isi ikan tersebut.

Photo0450Beberapa kali remaja itu memberi makan kepada ikan pari dan dia cuba membalikkan badan ikan pari untuk menunjukkan mulut ikan pari kepada kami.  Selepas itu, dia offer kepada kami untuk mencuba pula memberi makan, tapi seorang pun tak berani. Takut kena gigit!

Tinggalkan komen

Filed under Langkawi, Lawatan, Menarik, Tempat Menarik, Uncategorized

Kisah Seekor Burung

northern_mockingbird_vp

 

Kisah ini berlaku di benua Amerika. Pada suatu musim sejuk,ada seekor burung terbang ke arah selatan untuk mencari tempat yang lebih panas. Semasa terbang meredah salji dan cuaca yang terlalu sejuk, burung itu sangat kesejukan dan otot-ototnya menjadi kejang lalu jatuh di atas sebuah ladang yang luas.

cow

Semasa burung itu terbaring di atas padang, datang seekor lembu untuk makan rumput. Sewaktu   sedang makan, lembu itu membuang air besar. Sebahagian ‘tahi’ lembu jatuh ke atas burung yang sejuk membeku itu. Apabila burung itu menerima haba kepanasan ‘tahi’ lembu, burung itu pun tersedar. Tahi lembu itu telah menyelamatkan nyawanya!

Burung itu masih berada di dalam ‘tahi’ lembu sambil menikmati kehangatan dan mula berbunyi gembira..”cip…cip…cip!!”.

images cat

Sementara itu, seekor kucing yang kelaparan sedang melalui kawasan itu dan mendengar siulan burung. Dia pun datang menghendap-hendap untuk menyiasat bunyi yang didengarnya. Dia mendapati ada seekor burung di dalam tahi lembu. Tanpa berlengah, kucing itu menggali tahi lembu dan memakan burung tersebut.

 

 

Morals of the story:
1. Seseorang yang membuang ‘tahi’ ke atas kamu belum tentu adalah musuh.

2. Seseorang yang mengeluarkan kamu dari “tahi’ belum tentu adalah kawan.

3. Apabila kamu berada dalam“tahi”, adalah lebih baik kamu diam!

 

Tinggalkan komen

Filed under Cerita, Menarik, Pengajaran, Uncategorized

Mentari terbenam…Indahnya ciptaan Allah

sunset2

Hari ini saya berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Ilahi ketika matahari terbenam di ufuk barat. Saya kebetulan berada di kawasan lapang dengan garis-garis halus pepohon di kaki langit petang menjadikan pemandangan yang sangat indah. Terpegun saya melihat kecantikan merah matahari meliputi seluruh kawasan bagaikan satu lukisan yang sangat cantik.

beautiful-sunsets-13Limpahan merah mentari petang membuatkan dedaun pokok yang hijau juga kelihatan merah…begitu mempersonakan. Pada waktu itu, hati berasa sangat tenang dan syahdu mengiringi terbenamnya mentari. Burung-burung kelihatan terbang mencari sarang masing-masing (tetapi anehnya…masih ada manusia  yang belum pulang ke rumah!)

beautiful-sunsets-27Akhirnya terdengar sayup-sayup azan berkumandang menandakan telah masuk waktu salot maghrib. Allah Akbar..Allah Akbar.

Terasa cepat betul masa berlalu berlalu….

Tinggalkan komen

Filed under Agama, Menarik, pemandangan

Ingin Cantik Dengan Lendir Siput

3551529398_4a940cf641

Ingin kulit wajah yang cantik dan ayu? Ingat cantik, ingat siput. Ya, siput yang merayap ditanah boleh menjadikan kulit wajah cantik dan berseri. Siput yang dimaksudkan itu mestilah yang dapat mengeluarkan lendir apabila ia bergerak.

“Lendir dari siput dapat membersihkan sel-sel tua, merawat kulit yang terbakar matahari (sun burn) dan dapat melembabkan kulit” kata Manami Takamura. Juru cakap salon kecantikan Ciz Labo di Tokyo, Jepun itu melihat pada keajaiban pada lendir siput boleh dijadikan bisnis kecantikan wanita.

Mulai bulan Julai 2013 yang lalu, salon Ciz.Labo menyediakan pakej perawatan kulit berjudul, Celebrity Escargot Cource. Para pelanggan yang mengambil pakej perawatan kulit akan mendapatkan tiga ekor siput yang ditempelkan di kulit muka mereka. Sebaik sahaja menyentuh kulit wajah, siput itu akan merayap berkeliaran menjelajah seluruh wajah selama lima minit.

Terasa bagai mimpi buruk bagi mereka yang jijik melihat siput, akan tetapi tidak bagi mereka yang menginginkan kecantikan wajah. Semasa rawatan itu, anda perlu menahan rasa geli bila siput-siput itu bergerak di seluruh wajah anda. Pada mulanya memang akan berasa sedikit terkejut, tetapi seelepas beberapa ketika akan terasa enak pula.
bekicot-di-wajah
Bermacam cara dilakukan oleh wanita bagi memperolehi wajah yang ayu. Salah satunya rela digerayangi siput yang mengeluarkan lendir yang membasahi wajah.

Lendir siput itu tentu saja lendir murni bukan sekadar ekstrak yang dicampur bahan kimia seperti yang terdapat dalam bahan kosmetik. Setiap terapi, salon itu meletakkan harga 10,500 yen (lebih kurang RM350) untuk membayar siput-siputnya saja.
Ingin mencuba? Banyak siput-siput di sekeliling kita yang berkeliaran setiap pagi!

Tinggalkan komen

Filed under Kesihatan, Menarik, pelik

Motor Antik

Honda Cup C70 keluaran Tahun 1976
Sumber : Google

Motorsikal Honda  Cub keluaran negara Jepun  memang cukup terkenal sekitar tahun 70an lagi. Pada masa itu, di atas jalanraya boleh dikatakan dipenuhi dengan motor Honda Cub. Walaupun ada motorsikal jenama lain juga dari Jepun seperti Suzuki, Yamaha dan Kawasaki, namun  Honda Cub tetap menjadi pilihan ramai.

Motorsikal Honda Cub menjadi pilihan ramai kerana kelebihannya yang  tiada pada motorsikal lain. Antaranya ialah harganya yang murah, menjimatkan minyak dan tahan lasak. Alat gantinya pula mudah didapati serta enjin yang ringkas, mekanik tepi jalan pun boleh baikinya kalau rosak.

Selepas lebih 30 tahun, motor Honda Cub masih diminati dan menjadi   menjadi buruan peminat motor antik. Harganya menjadi semakin mahal sekiranya peralatan pada motor itu  masih yang original.

Baru-baru ni aku dapat melihat sebuah motor Honda Cub yang antik semasa singgah di rumah kawan di Perlis. Motor yang berusia 35 tahun itu kelihatan cantik selepas melalui beberapa proses ubahsuai.

Walaupun ada beberapa bahagian yang sudah tidak original lagi, tetapi masih kelihatan cantik. Memang agak susah untuk mendapatkan alat ganti yang original, kena rajin mencari dan bertanya peminat motor antik juga.

1 Komen

Filed under Antik, kreatif, Menarik, Nostalgia

Remaja Cina Pun Berkhatan..

Seramai 11 orang remaja Cina berusia lapan hingga 18 tahun yang menyertai acara berkhatan di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan.

PASIR MAS 13 Nov. – Amalan berkhatan yang menjadi kewajipan dalam kalangan umat Islam turut diamalkan masyarakat Cina sebagai tradisi sejak sekian lama.
Dalam meneruskan tradisi berkenaan sebanyak 11 remaja remaja kaum Cina berusia lapan hingga 18 tahun menyertai acara berkhatan dalam majlis yang diadakan di Kampung Pasir Parit di sini.
Timbalan Pengerusi Gerakan Kelantan, Albert Khor berkata, tradisi berkhatan telah diamalkan masyarakat Cina di sini sejak 50 tahun lalu.
Beliau berkata, amalan tersebut diterima masyarakat Cina dan menjadi tradisi turun-temurun bermula dari zaman nenek moyang yang menetap di daerah Pasir Mas ini berpuluh tahun dahulu.

Katanya, tiada masalah mengamalkan berkhatan ini kerana sangat baik terutama dari segi kesihatan  dan kebersihan.

“Tanyalah sahaja penduduk lelaki di kampung ini, pasti sukar untuk mencari yang belum berkhatan ” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peserta berkhatan tersebut, Khor Han Shen Justin, 15, berkata dia sudah menanam niat berkhatan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Justin berkata ibubapanya juga tidak menghalang malah menggalakkannya berkhatan seperti ahli keluarganya yang lain.

Sumber: UTUSAN

Tinggalkan komen

Filed under Islam, Kesihatan, Menarik