Category Archives: Pengajaran

Ibu Mithali Adalah Seorang Lelaki

Sisa Abu Daooh,  sedang mengandung enam bulan anaknya pertama dan hidup dalam masyarakat yang sangat konservatif di bandar Luxor apabila suaminya meninggal dunia.

Akibat tidak dapat menyara keluarganya sebagai seorang ibu tunggal berusia 21 tahun dan tidak bersedia untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya, Sisa Abu Daooh  memutuskan untuk mencukur kepalanya dan  berpakaian seperti seorang lelaki. Kemudian Sisa Abu Daooh pun keluar mencari pekerjaan. Pekerjaan yang pertama diperolehinya ialah sebagai pembuat bata dan kemudiannya  sebagai pengilat kasut apabila umurnya semakin tua.

26EC661C00000578-3007914-Most_devoted_mother_Over_the_weekend_Sisa_Abu_Daooh_65_left_even-m-9_1427129957364

Sebagai seorang “lelaki”,dia bebas daripada ancaman gangguan seksual. Sisa Abu Daooh menikmati  hidupnya sebagai seorang lelaki seperti lelaki lain di kampungnya.  Walaupun dia kini telah mendedahkan jantina benar, dia berkata, dia akan terus menghabiskan  sisa  hidupnya dengan cara hidup dan berpakaian seperti seorang lelaki.

Kini, Sisa Abu Daooh, 65, mendapat penghargaan dari Kerajaan Mesir di atas usaha dan kecekalannya dalam memebesarkan anak dan menyara keluarganya.

26ED50A700000578-3007914-image-a-3_1427129682557

Dalam wawancara dengan saluran TV  Gulf News Mesir, Sisa Abu Daooh berkata:

“Adik-beradik saya mahukan saya berkahwin lagi … sepanjang masa mereka  membawa calon pengantin baru kepada saya, ‘katanya kepada Gulf News Mesir.

Namun Sisa  Abu Daooh memutuskan dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang dia tidak suka dan mula mencukur kepalanya dan membeli pakaian lelaki longgar untuk menjadi pencari nafkah diri dan keluarganya.

Keputusan itu mengejutkan dan menimbulkan kemarahan keluarganya, kerana Sisa Abu Daooh menolak rayuan mereka supaya dia  berkahwin semula dan bukannya menjadi pencari nafkah -sebagai seorang pembuat bata.

Dia sentiasa mengakui bahawa dia adalah  ‘kuat seperti 10 lelaki berusia 20-an dan 30-an,’. Sebab itu dia mampu melakukan kerja-kerja kasar orang lelaki. Namun apabila umurnya semakin meningkat, kekuatannya makin pudar, dia mula menukar pekerjaaannya kepada pengilat kasut.

Keputusan Sisa Abu Daooh untuk hidup sebagai ‘lelaki’ adalah  dibuat semata-mata supaya dia boleh menyara anak perempuannya itu.

“Apabila seorang perempuan membuang sifat-sifat  kewanitaannya, ia adalah sesuatu yangsukar. Tetapi saya akan berbuat apa saja untuk anak perempuan saya. Ia adalah satu-satunya cara untuk saya mendapatkan  wang. Apa lagi yang boleh saya lakukan? Saya tidak boleh membaca atau menulis – keluarga saya tidak menghantar saya ke sekolah – jadi ini adalah satu-satunya cara, “katanya.

Beliau pada mulanya merancang untuk membuang penyamarannya sebagai lelaki  sebaik sahaja anak perempuannya berkahwin, tetapi malangnya menantunya itu pula  jatuh sakit yang serius tidak lama selepas perkahwinan dan tidak dapat mencari pekerjaan.

26ED4A9900000578-3007914-image-a-2_1427129675342

Masa semakin berlalu, Sisa Abu Daooh merasa makin selesa sebagai “lelaki” dalam masyarakat  di sekitarnya dan minum kopi di kedai yang didominasi lelaki tempatan tanpa apa-apa  gangguan.Walaupun begitu, Abu Daooh mengatakan dia tidak pernah  berbohong mengenai jantinanya dan tidak pernah menafikan dirinyaseorang wanita jika dia ditanya.

Beliau juga berkata bahawa sebilangan besar orang di Luxor  tahu dia adalah seorang wanita dan memanggilnya dengan nama feminin. Dia menyamar itu untuk mengelakkan prajudis  atau salah faham dari orang asing atau orang yang tidak mengenalinya dengan baik.

Sekarang Sisa  Abu Daooh telah diberi anugerah atas  pengorbanan beliau oleh  kerajaan tempatan Luxor dan menobatkannya sebagai  Ibu Mithali di bandar ini. Pada hujung minggu itu pula , dia bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi untuk menerima anugerah di atas  40 tahun pengorbanannya.

 

 

Tinggalkan komen

Filed under Cerita, Pengajaran, Pengetahuan

Kisah Seekor Burung

northern_mockingbird_vp

 

Kisah ini berlaku di benua Amerika. Pada suatu musim sejuk,ada seekor burung terbang ke arah selatan untuk mencari tempat yang lebih panas. Semasa terbang meredah salji dan cuaca yang terlalu sejuk, burung itu sangat kesejukan dan otot-ototnya menjadi kejang lalu jatuh di atas sebuah ladang yang luas.

cow

Semasa burung itu terbaring di atas padang, datang seekor lembu untuk makan rumput. Sewaktu   sedang makan, lembu itu membuang air besar. Sebahagian ‘tahi’ lembu jatuh ke atas burung yang sejuk membeku itu. Apabila burung itu menerima haba kepanasan ‘tahi’ lembu, burung itu pun tersedar. Tahi lembu itu telah menyelamatkan nyawanya!

Burung itu masih berada di dalam ‘tahi’ lembu sambil menikmati kehangatan dan mula berbunyi gembira..”cip…cip…cip!!”.

images cat

Sementara itu, seekor kucing yang kelaparan sedang melalui kawasan itu dan mendengar siulan burung. Dia pun datang menghendap-hendap untuk menyiasat bunyi yang didengarnya. Dia mendapati ada seekor burung di dalam tahi lembu. Tanpa berlengah, kucing itu menggali tahi lembu dan memakan burung tersebut.

 

 

Morals of the story:
1. Seseorang yang membuang ‘tahi’ ke atas kamu belum tentu adalah musuh.

2. Seseorang yang mengeluarkan kamu dari “tahi’ belum tentu adalah kawan.

3. Apabila kamu berada dalam“tahi”, adalah lebih baik kamu diam!

 

Tinggalkan komen

Filed under Cerita, Menarik, Pengajaran, Uncategorized

Orang ni memang tak sayang anak…

Satu pagi, penulis dalam perjalanan ke rumah kawan, singgah sebentar di sebuah pasar di bandar K**** untuk membeli buah tangan. Lalu penulis terlihat seorang bapa bersama anak kecil sedang parking motor di tepi jalan. Si bapa kelihatan tergopoh-gapah menongkat motor dan berjalan ke arah pasar tanpa membawa anaknya yang ditinggalkan bersendirian. Mungkin dia nak singgah sebentar agaknya.

Tapi selepas setengah jam, sibapa belum juga kembali. Kesian sianak, sudahlah ditinggalkan ditengah panas, sibapa pula mengambil masa yang lama untuk kembali (tanpa memikirkan keselamatan anaknya).

Apa jadi kalau anak itu bergerak, mungkin motor itu akan terbalik dan menimpanya. Bagaimana pula kalau ada orang berniat jahat mencolek anaknya? Sikap ambil mudah inilah yang akan menyebabkan sesal tak sudah kalau sesuatu yang buruk berlaku.
Memang orang ini tak sayang anak!

2 Komen

Filed under Pengajaran, Uncategorized

Satu pagi yang indah..

Bangun pagi, ketika fajar menyinsing kelihatan cahaya matahari kemerahan mula untuk menerangi alam. Suasana yang begitu damai dan nyaman sekali.

Selepas beberapa ketika, matahari keluar di sebalik  gunung dan mula menebarkan cahaya sedikit demi sedikit. Bila melihat pemandangan pagi ini, kelihatan sungguh indah dan damai sekali….ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Perkara ini berlaku setiap hari, tapi ramai yang tidak memperdulikannya.


Apabila cahaya matahari menerangi pagi, kelihatan pemandangan sawah padi yang begitu cantik dan mempesonakan. Satu pagi yang indah…

2 Komen

Filed under Menarik, pagi, pemandangan, Pengajaran, Tempat Menarik

Simpan 30 sen Sebulan, Dapat Tunaikan Haji

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sumber : Berita Harian Online.

Langit Biru: Kalau simpan RM200 sebulan pun belum tentu dapat pergi haji jika selalu keluarkan balik simpanan tu!

2 Komen

Filed under Agama, Cerita, Islam, Pengajaran, Pengetahuan

Meneroka alam semulajadi di Kilim Geoforest Park

Selalunya bila ke Langkawi, kita banyak bershopping di Pekan Kuah, atau ke Pantai Chenang sambil melihat hidupan laut dalam Underwater World. Ataupun ke Gunung Matcincang menaiki kereta kabel.

Ada satu pakej yang menarik, bagi yang suka alam semulajadi, iaitu pakej menaiki bot menyusuri Sungai Kilim hingga ke lautan. Ada berbagai pakej disediakan sama ada mahu menyewa bot untuk perjalanan 1 jam, 2 jam , 3 jam atau 4 jam. Harganya tentulah berbeza.

Kami memilih pakej 2 jam yang berharga RM180. Dengan pakej ini, kami akan dibawa melihat helang makan, mercu tanda Kilim Geoforest, Gua Kelawar dan akhir sekali ternakan ikan dalam sangkar.

Pada mulanya bot bergerak perlahan menyusuri Sungai Kilim yang dikiri dan kanan dipenuhi dengan pokok-pokok bakau. Pemandangan alam semula jadi yang sangat indah sekali.

Selepas itu, bot mula memecut dengan laju. Hembusan angin angin yang menerpa ke muka sungguh nyaman sekali. Pengalaman ini amat menyeronokkan. Macam dalam filem pula rasanya.

Selepas 15 minit perjalanan, kami sampai ke kawasan memeberi helang makan. Pada mulanya tiada seekor helang pun yang kelihatan. Selepas pemandu bot mencampakkan perut ayam ke dalam air, seketika muncul beberapa ekor helang turun menyambar. Tak sampai 5 minit kemudian, berpuluh-puluh ekor helang datang. Kali pertama melihat helang dari jarak dekat..menakjubkan. Helang terlalu tangkas, tak sempat nak ambil gambar!

Hanya beberapa ekor sahaja dapat diambil gambar. Yang lain terlalu laju,tak sempat nak snap..

Dapat snap seekor  lagi..  Sebenarnya ada berpuluh-puluh ekor lagi berlegar-legar di udara.

Laluan yang ditempuhi sangat menarik, selepas hutan bakau melalui pula kawasan batu kapur yang berbagai bentuk. Batu kapur di kawasan ini dikatakan berusia beribu-ribu tahun.

Ini pula gua yang terbentuk dalam sebuah bukit batu kapur. Ia dipanggil juga ‘Lubang Buaya’. Kami dibawa masuk ke dalam gua itu dan keluar di sebelah sana. Memang cekap pemandu bot ini kerana lubang gua itu sangat sempit!

BERSAMBUNG DALAM ENTRI YANG AKAN DATANG…

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Menarik, Pengajaran, Pengetahuan, percutian, Tempat Menarik, Uncategorized

Thinking Out of The Box

Semasa kita menghadapi sesuatu masalah, jangan terlalu gopoh untuk menyelesaikannya. Kita perlu bertindak dengan fikiran yang positif dan kalau boleh dengan mencari jalan yang lain dari yang biasa orang fikirkan. Kadangkala jalan penyelesaian itu akan datang dari sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau jawatan seseorang. Apa yang perlu ialah berfikir dari luar kotak.
KES 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke angkasa lepas, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar. Dakwat pen tidak akan mengalir ke bawah ketika menulis di angkasa lepas. Untuk mengatasi masalah ini, pihak NASA membelanjakan US $12 juta untuk mencipta pen yang boleh berfungsi pada graviti sifar, terbalik, di dalam air dan di hampir semua permukaan termasuk kristal. Pen itu juga dapat berfungsi pada pelbagai suhu dari bawah titik beku hingga kepada lebih 300 darjah Celsius.
Russia juga menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas. Apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

KES 2
Sebuah kilang kosmetik yang besar di Jepun menghadapi masalah kerana terdapat kotak sabun yang kosong tercicir dimasukkan sabun semasa proses pembungkusan. Syarikat itu menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli kotak sabun yang kosong. Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan pihak pengurusan meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jurutera syarikat bekerja keras untuk memasang mesin x-ray dengan resolusi tinggi, dengan monitor di awasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang lalu di atas line.
Sementara itu, sebuah syarikat kecil yang lain menghadapi masalah yang sama. Pekerjanya tidak memasangnya mesin x-ray, tetapi beliau mempunyai jalan penyelesaian yang lain. Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu. Ini bermakna setiap kotak sabun yang melalui kipas itu akan terbang jika kotak itu kosong!

Gambar hiasan

KES 3
Sebuah syarikat pengeluaran serbuk perasa mendapati permintaan serbuk perasa keluaran mereka semakin menurun. Setiap minggu permintaan berkurang dari minggu yang sebelumnya. Pihak pengurusan mengadakan mesyurat untuk mencari jalan bagi meningkatkan jualan. Para eksekutif memberi cadangan untuk meningkat pengiklanan secara besar-besaran, mengadakan promosi di tempat-tempat awam. Semua ini memerlukan peruntukan yang sangat tinggi. Seorang pekerja bawahan memberi cadangan berikut. Selama ini botol serbuk perasa itu mempunyai satu lubang, dia mencadangkan supaya lubang itu ditambah menjadi tiga atau empat lubang, jadi apabila pengguna mengguna botol baru ini,serbuk perasa itu akan cepat habis. Selepas idea ini dilaksanakan, permintaan terhadap serbuk perasa itu bertambah dengan mendadak!.

Jadi… berfikirlah dari luar kotak

Tinggalkan komen

Filed under kreatif, Pengajaran