Category Archives: pemandangan

Mentari terbenam…Indahnya ciptaan Allah

sunset2

Hari ini saya berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Ilahi ketika matahari terbenam di ufuk barat. Saya kebetulan berada di kawasan lapang dengan garis-garis halus pepohon di kaki langit petang menjadikan pemandangan yang sangat indah. Terpegun saya melihat kecantikan merah matahari meliputi seluruh kawasan bagaikan satu lukisan yang sangat cantik.

beautiful-sunsets-13Limpahan merah mentari petang membuatkan dedaun pokok yang hijau juga kelihatan merah…begitu mempersonakan. Pada waktu itu, hati berasa sangat tenang dan syahdu mengiringi terbenamnya mentari. Burung-burung kelihatan terbang mencari sarang masing-masing (tetapi anehnya…masih ada manusia  yang belum pulang ke rumah!)

beautiful-sunsets-27Akhirnya terdengar sayup-sayup azan berkumandang menandakan telah masuk waktu salot maghrib. Allah Akbar..Allah Akbar.

Terasa cepat betul masa berlalu berlalu….

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Agama, Menarik, pemandangan

Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit

Ladang Anggur Tasik Beris terletak lebih kurang 12km dari pekan Sik, Kedah. Buat masa ini, ladang anggur tersebut sudah dikenali ramai dan ramai pengunjung yang datang dari jauh untuk melihat sendiri buah anggur yang bergantungan.

Kebetulan minggu ini aku singgah untuk kunjungan kali kedua selepas setahun lalu datang ke sini. Nampaknya sudah banyak perubahan. Pintu masuk dah ada penerangan tentang ladang ini pada dinding cermin.

Satu lagi perubahannya, tiket masuk pun dah naik harga. Dulu cuma RM3, sekarang dah jadi RM4 untuk orang dewasa. Tempat masuk juga telah berubah dari sebelah utara ke sebelah selatan pula.

Bangunan baru telah dibina yang dinamakan Sales Gallery di mana  menempatkan tempat menjual tiket masuk dan juga menjual hasil dari ladang anggur.

Selain daripada buah anggur yang dijual di dalam galeri ini , terdapat juga produk anggur seperti jus anggur, kordial anggur dan minyak biji anggur.

Untuk buat kenangan, terdapat barangan cenderamata seperti mug, t-shirt , topi dan payung yang ada identiti Ladang Anggur ini.

Ini adalah anggur hitam yang telah masak. Buah-buah ini sedang dipetik oleh pekerja-pekerja ladang dan kawasan ini tidak dibuka untuk lawatan.

Anggur hijau yang telah besar kelihatan bergantungan dengan banyak sekali. Sambil berjalan, kita boleh memegang buah-buah anggur tu, tapi awas, tak boleh dipetik.

Pada masa ini, anggur hitam sahaja yang telah masak dan berbuah dengan lebat. Setakat nak bergambar, boleh tetapi tak boleh petik untuk dimakan. Pekerja ladang ini sentiasa ada di mana-mana memerhati kita.

Kalau rasa geram nak petik juga, boleh minta kebenaran dari mereka tetapi dengan syarat membayar RM50 bagi setiap satu kilogram anggur.

Semasa berbual dengan pekerja ladang, saya dapat tahu pokok anggur di situ telah berumur 4 tahun dan pokok ini boleh hidup sampai 25 tahun!

Menurut pekerja itu lagi, bila semua buah anggur telah dipetik, pekerja akan membuang/memangkas semua daun-daunnya. Ini dilakukan bagi membolehkan daun baru tumbuh dan pokok berbunga semula.

Bukan semua kawasan boleh dilawati, hanya kawasan yang ditandai dengan bendera sahaja boleh dilalui.

Selepas puas melawat dalam ladang anggur, terdapat gerai di luar yang menyediakan minuman dan makanan.  Jus anggur hijau dan anggur hitam ada dijual di sini. Harganya RM2 bagi satu gelas.

Ladang anggur ini memang terletak di tepi Tasik Beris ( tasik yang terjadi akibat Empangan Beris). Pemandangan tasik yang luas terbentang dari sini memang cukup cantik dan menarik. Sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu yang nyaman memang amat menyenangkan.

9 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik, pemandangan, Tempat Menarik, vacation

Satu pagi yang indah..

Bangun pagi, ketika fajar menyinsing kelihatan cahaya matahari kemerahan mula untuk menerangi alam. Suasana yang begitu damai dan nyaman sekali.

Selepas beberapa ketika, matahari keluar di sebalik  gunung dan mula menebarkan cahaya sedikit demi sedikit. Bila melihat pemandangan pagi ini, kelihatan sungguh indah dan damai sekali….ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Perkara ini berlaku setiap hari, tapi ramai yang tidak memperdulikannya.


Apabila cahaya matahari menerangi pagi, kelihatan pemandangan sawah padi yang begitu cantik dan mempesonakan. Satu pagi yang indah…

2 Komen

Filed under Menarik, pagi, pemandangan, Pengajaran, Tempat Menarik

Naik Feri ke Pulau Pinang

Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke Pulau Pinang. Selalunya kalau aku ke sana, aku suka  melalui jambatan Pulau Pinang kerana  cepat, tak payah queue untuk tunggu feri. Tapi kali ini  aku nak naik feri pula. Ada kelainan bila naik feri ni , teringat kisah lama dulu masa belum ada jambatan ( jambatan  dibina tahun 1985).  Masa itu kalau ke Pulau Pinang mesti kena naik feri.

Dulu pada tahun 70an, Pulau Pinang adalah pulau bebas cukai. Ramai lah orang suka pergi melancong dan membeli belah terutama masa dekat nak hari raya. Selalunya bila orang (perempuan terutamanya) pergi Pulau Pinang mesti beli kain batik(batik jawa) dengan banyaknya kerana harganya yang murah.

Masa nak balik, ada kastam di jeti akan periksa barang-barang yang kita beli untuk dicukai. Macam-macam taktik digunakan untuk mengelakkan cukai kain batik. Ada yang masa pergi, kurus je tapi bila balik dah jadi gemuk…sebab sorok kain batik dalam baju sampai 5 ke 6 helai.

Tapi mak aku ada taktik yang lain. Selepas beli kain-kain batik, kami akan pergi Waterfall sambil berkelah. Mak aku akan celup kain-kain batik dalam air supaya basah dan renyuk. Bila kastam periksa beg, dia akan sangka kain lama yang telah guna…selamat, tak kena cukai.

Nama jalan kat Penang ada yang pelik-pelik. Banyak nama orang putih, nama Cina, India, Acheh, Arab, Burma, Armenia dan Yahudi. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) … tapi aku suka nama jalan ni…..Love Lane.

Satu lagi, kalau  pergi Penang tak makan nasi kandar, tak sah. Tempat makan yang paling aku suka ialah Nasi Kandar Line Clear, dekat persimpangan Chulia Street dengan Penang Road. Kalau time tengah hari, kena beratur panjang untuk dapatkan nasi kandar. Ada yang sanggup beratur dalam panas terik!

Kedai nasi kandar ni cuma tumpang tepi kedai, tapi pelanggan  cukup ramai. Kebanyakannya adalah regular customer, tak kira Melayu, Cina, India dan juga orang putih.

Inilah nasi kandar yang membuatkan orang sanggup beratur dalam panas terik. Dengan telur dadar, kari ikan dan kacang bendi , membuat menitik air liur. Siapa yang yang makan sekali, tentu akan datang lagi.

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Makanan, Nostalgia, pemandangan, percutian, Tempat Menarik