Sebelum Ada MPV, Volkswagen Kombi dah muncul.

Lama sebelum zaman Estima dan Alphard, malah ketika istilah MPV belum muncul, jenama Volkswagen telah bermula dengan model Volkswagen Kombi. Dikenali sebagai Volkswagen Type 2, ia merupakan projek kedua selepas Beetle yang juga penghasilan minivan paling lama dalam sejarah. Pengeluaran van itu bermula pada tahun 1950. Walaupun generasi baru seperti Transporter muncul, Kombi masih lagi dikilangkan. Benar, kilang VW di Brazil masih lagi menghasilkan kenderaan tersebut!

Baru-baru ini, aku terjumpa VW Kombi yang sangat cantik semasa majlis kenduri kawan di sini. Sungguh menarik kereta antik ni dan aku pun snap beberapa gambar.


Rupa-rupanya van Volkswagen ini digunakan untuk membawa pengantin. Bersama-sama mengiringi van VW ini ialah beberapa buah Volkswagen Beetle yang antik juga (aku difahamkan mereka dari Kelab VW di daerah Baling) .

Bahagian dalam Volkswagen Kombi ini telah diubahsuai dengan kreatif sekali. Tempat duduknya sangat luas dan selesa dan kelihatan seperti sette di ruang tamu rumah. Bahagian ini telah dimodified dan ditambah aksesori yang dibuat daripada kayu seperti meja dan kabinet tepi. Di bahagian belakang pula terdapat kabinet kayu seperti almari untuk menyimpan baju dan lain-lain.Memang menarik dan terpesona, tak puas mata memandang.

Tapi sayang, tak sempat berjumpa dengan tuan empunya untuk bertanya tentang VW Kombi ni. Tapi rasanya kalau dinilai dari segi harganya, tentu sama dengan harga Alphard kot!

Tinggalkan komen

Filed under kereta, kreatif, Menarik, Nostalgia, pelik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s