Naik Feri ke Pulau Pinang

Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke Pulau Pinang. Selalunya kalau aku ke sana, aku suka  melalui jambatan Pulau Pinang kerana  cepat, tak payah queue untuk tunggu feri. Tapi kali ini  aku nak naik feri pula. Ada kelainan bila naik feri ni , teringat kisah lama dulu masa belum ada jambatan ( jambatan  dibina tahun 1985).  Masa itu kalau ke Pulau Pinang mesti kena naik feri.

Dulu pada tahun 70an, Pulau Pinang adalah pulau bebas cukai. Ramai lah orang suka pergi melancong dan membeli belah terutama masa dekat nak hari raya. Selalunya bila orang (perempuan terutamanya) pergi Pulau Pinang mesti beli kain batik(batik jawa) dengan banyaknya kerana harganya yang murah.

Masa nak balik, ada kastam di jeti akan periksa barang-barang yang kita beli untuk dicukai. Macam-macam taktik digunakan untuk mengelakkan cukai kain batik. Ada yang masa pergi, kurus je tapi bila balik dah jadi gemuk…sebab sorok kain batik dalam baju sampai 5 ke 6 helai.

Tapi mak aku ada taktik yang lain. Selepas beli kain-kain batik, kami akan pergi Waterfall sambil berkelah. Mak aku akan celup kain-kain batik dalam air supaya basah dan renyuk. Bila kastam periksa beg, dia akan sangka kain lama yang telah guna…selamat, tak kena cukai.

Nama jalan kat Penang ada yang pelik-pelik. Banyak nama orang putih, nama Cina, India, Acheh, Arab, Burma, Armenia dan Yahudi. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) … tapi aku suka nama jalan ni…..Love Lane.

Satu lagi, kalau  pergi Penang tak makan nasi kandar, tak sah. Tempat makan yang paling aku suka ialah Nasi Kandar Line Clear, dekat persimpangan Chulia Street dengan Penang Road. Kalau time tengah hari, kena beratur panjang untuk dapatkan nasi kandar. Ada yang sanggup beratur dalam panas terik!

Kedai nasi kandar ni cuma tumpang tepi kedai, tapi pelanggan  cukup ramai. Kebanyakannya adalah regular customer, tak kira Melayu, Cina, India dan juga orang putih.

Inilah nasi kandar yang membuatkan orang sanggup beratur dalam panas terik. Dengan telur dadar, kari ikan dan kacang bendi , membuat menitik air liur. Siapa yang yang makan sekali, tentu akan datang lagi.

Tinggalkan komen

Filed under Lawatan, Makanan, Nostalgia, pemandangan, percutian, Tempat Menarik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s