Nasi Beriyani Lauk Dhob

Inilah dhob…. biawak padang pasir. Ia merupakan haiwan satu alam yang tinggal di padang pasir. Dhob biasanya makan tumbuhan dan belalang sahaja. Oleh kerana ia haiwan satu alam maka ia halal untuk dimakan.

Beginilah caranya orang Arab menangkap dhob di padang pasir. Apabila dhob sudah letih atau bersembunyi di bawah batu, senanglah sikit untuk menangkapnya.

Dhob yang ditangkap dimasukkan ke dalam guni. Banyak ekor yang telah dapat ditangkap.

Dengan menggunakan pisau yang tajam, dhob itu disembelih terlebih dulu. Seorang diri pun boleh menyembelih dhob ini. Pijak ekornya dan terus sembelih.

Sebelum melapah kulitnya, kaki dan ekor dhob dipotong terlebih dahalu. Kaki dan ekor dhod tidak dibuang, akan dimasak bersama dagingnya nanti.

Kulit dhob dibuang semuanya dengan membuat potongan di atas belakangnya kemudian kulit itu ditarik dengan kuat. Lalu tertanggal dan menampakkan dagingnya yang kemerah-merahan.

Kulit diselinap dengan mudah kalau kena tekniknya.

Dhob yang telah dibuang kulitnya.

Ekor, kaki dan organ dalaman dhob yang telah dicuci dan sedia untuk dimasak.

Nasi beriyani  sedang dimasak bersama-sama campuran daging, ekor, kaki dan organ dalaman dhob.

Hidangan nasi beriyani dhob telah siap. Biasanya orang Arab makan menggunakan talam yang besar. Meraka akan mengelilingi talam ini untuk menjamu selera.

Sebelum makan, diperah dulu air limau. Silalah menjamu selera,  nampak macam sedap je…

3 Komen

Filed under Makanan, pelik

3 responses to “Nasi Beriyani Lauk Dhob

  1. amin asri

    dhob ni sedap ker tak?

  2. Naz

    Hehehe… kalau dr awal kita di biasakan dgn dhob ni mungkin boleh mkn lah. dhob, biawak & buaya sama bentuk just dhob hidup 1 alam jer. kehkehkeh.. sapa brani try?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s