Menu Yang Pelik dan Kejam

FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperolehi dengan cara yang amat kejam sekali. Rasanya tak sanggup melihat kekejaman ini kepada haiwan tersebut. Hati tersebut dihasilkan dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap hari agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).
Selera manusia sungguh pelik. Untuk mendapatkan makanan yang sedap, mereka sanggup melakukkan kekejaman kepada haiwan dengan berbagai cara. Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal.
Gambar di atas menunjukkan hati angsa. Disebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besar akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati itek yang normal.

Mereka memelihara angsa untuk mendapatkan hati angsa itu tetapi dengan cara yang tidak boleh diterima akal bagi kita yang berfikiran normal ini. Betullah itik itu haiwan namun tidak sepatutnya menyeksa binatang semata-mata memuaskan nafsu makan kita.

Sangkar angsa yang direka khas memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur kerana lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.
Angsa itu dipaksa makan walaupun telah kenyang dan enggan makan. Dengan menggunakan mesin khas, makanan dijolok ke dalam kerongkong angsa supaya ditelan juga. Tak kira siang atau malam, angsa itu dipaksa makan sehingga tiada waktu tidur.
Angsa yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama najisnya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorok luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.
Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah angsa yang mati dengan mulut penuh dengan makanan!..
Manusia memang kejam!!

2 Komen

Filed under Makanan, pelik

2 responses to “Menu Yang Pelik dan Kejam

  1. ABDUL HADI

    kejam-kejam memang kejam

  2. iman alia

    saya sangat menentang dan membenci kezaliman begini. Bagaimana saya nak share cerita ni dengan kawan2 di FB?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s