Budak Berumur 2 Tahun Merokok

 

Tadi semasa membaca berita kat beberapa surat khabar online, saya tertarik pada satu artikel ni. Terkejut juga melihat sikecil ni merokok, mengalahkan perokok tegar yang dewasa…40 batang sehari bersamaan dua kotak. Yang menghairankan, sapa yang dok beli rokok bagi kat dia? Kalau bapa dia yang beli, sahlah dia tak sayang anak!
Di sini saya copy terus berita ni dari Kosmo Online

Budak 2 tahun merokok dirawat

JAKARTA – Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.
Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.
Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.
“Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari,” katanya.
“Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa,” tambahnya.
Sumber : Kosmo Online

Tinggalkan komen

Filed under pelik, Pengajaran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s