Mitos Daging Kambing :Dapat Meningkatkan Daya seksual Lelaki

Lama tak update blog ini kerana agak sibuk akhir-akhir ini. Tentu nampak pelik sikit tajuk posting kali ini. Sebenarnya ada cerita disebalik tajuk posting ini. Aku terlintas untuk mencari kebenaran bila suatu hari menghadiri kenduri kawan yang menyediakan hidangan daging kambing.


Sambil makan, masing-masing dok cerita pasai daging kambing yang jadi menu utama hari itu. Ada seorang sahabat kata daging kambing tak sesuai untuk orang yang ada darah tinggi. Sahabat lain pula kata, dia pantang makan daging kambing (pantang jumpa!). Tapi yang paling menarik, ada sorang sahabat tu kata daging kambing boleh meningkatkan daya seksual lelaki. Adakah betul atau hanya mitos sahaja??

Aku bertanya lagi untuk mendapat kepastian. Tanpa berselindung dia menyatakan bahawa ekor lembu dan daging kambing berpotensi meningkatkan daya seks terutama lelaki. Seorang sahabatku rasa geli bila aku mengatakan sangat mengemari sup ekor lembu kerana keenakan rasa sup dan kehangatan oleh rasa pedasnya. Dia membayangkan aku sedang makan ekor lembu yang hidup dan masih ada tahi lembu terlekat pada ekor lembu itu. Cis..kurang asam betul.


Dalam posting kali ini aku lebih tertarik untuk menceritakan tentang daging kambing. Apakah betul mitos tentang daging kambing boleh meningkatkan daya seksual lelaki? Aku pun mencari fakta dan bukti dalam internet, benar atau tidak seperti apa yang dikatakan oleh sahabat aku tu.

Mitos 1 : Daging kambing berbau hamis
Ramai yang percaya daging kambing hamis. Sebenarnya orang yang sembelih tu tidak pandai. Ada petua supaya daging tak berbau hamis. Jangan bagi bulu kambing terkena pada daging walaupun sehelai dan hempedu kambing hendaklah dibuang dulu jangan sampai terkena daging.

Realitinya : Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan yang tinggi, terutama yang berumur 2 tahun dan ke atas.
Selain itu, kambing yang hendak disembelih, jangan dibiarkan bergaul jantan-betina. Ini akan menyebabkan hormon mengawan tinggi. Seeloknya, asingkan kambing jantan dan betina untuk beberapa hari sebelum disembelih.

Mitos 2: Daging Kambing pembawa darah tinggi
Ramai yang percaya daging kambing berkolestrol tinggi. Siapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala dan “darah naik” tinggi ( terutamanya orang Melayu!)

Realitinya: Menurut kajian, daging yang terbaik untuk dimakan ialah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing mengandungi kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protin yang terendah berbanding daging lain. Lihat jadual di bawah ini:
DAGING      KOLESTROL                  KALORI                 LEMAK                  PROTIEN
Kambing           63.8                                    122                       2.6                              23
Ayam                 76                                        162                       6.3                              25
Lembu                73.1                                   179                       7.9                              25
Bebiri                   78.2                                  175                       8.1                               27


Mitos 3 : Daging Kambing berpotensi meningkatkan daya seksual lelaki.
Pendapat mengatakan daging kambing sangat baik untuk kehebatan seksual disebabkan cadangan dari mereka yang gemar makan daging kambing. Lalu perkara itu dibawa dari mulut ke mulut menjadikan ia sesuatu yang benar.

Realitinya : Sebenarnya kesan yang “menghangatkan” pada tubuh dan peningkatan ghairah adalah kerana pengaruh rempah ratus yang pedas seperti cabai, cengkih, halia, lengkuas, lada sulah yang akan meransang kadar aliran darah.


Jadi, kesimpulannya daging kambing elok dimakan kerana kolestrolnya rendah jika dibanding dengan daging lembu dan ayam. Yang lain-lain tu cuma mitos sahaja.

Tinggalkan komen

Filed under Makanan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s