Permainan Masa Dulu..

Masa dulu tak ada video game , Play Station dan lain-lain lagi permainan macam sekarang ni. Budak sekarang banyak alat permainan yang boleh dibeli di kedai. Selain video game, kereta mainan, senapang mainan, robot mainan dan macam-macam lagi yang boleh didapati berlambak-lambak terutama di pekan hari. Dulu, budak-budak kena kreatif cipta sendiri permainan dari bahan-bahan terbuang dan yang terdapat disekeliling kita.
Salah satu mainan tradisional yang kami selalu main masa kecil ialah ‘caplong’ (ada juga yang panggil bedil buluh) berpelurukan buah cenerai atau kertas surat khabar(yang direndam dalam air). Sebelum bermain kami kena cari bahan-bahan nak caplong . Aku masih ingat kami akan masuk ke belukar terutama dekat sungai berhampiran rumah Pak Teh Cha yang banyak pokok buluh padi yang cantik dan sesuai untuk kami buat caplong. Buluh lemang atau buluh betong tak boleh nak buat caplong pasai lubang dia besar. Nak buat lemang atau tapak bakar pelita masa hari raya, bolehlah guna buluh lemang.
Bila dah dapat buluh, kami akan memotongnya dengan mengambil ruas yang panjang dan lurus.

Manakala penjolok atau pengantak pula adalah buluh betong yang diraut sampai kecil dan pasangkan kepada pemegang  atau kepala. Tak semua orang yang pandai buat caplong, kena ada kemahiran juga. Selalunya yang kami suruh buat ialah Yusup Pak Lang Hab atau abang dia Ya Pak Lang Hab.

Kemudian kami mencari peluru dari buah cenerai atau kertas surat khabar yang ditumbuk dengan air. Untuk memasukkan peluru buah cenerai, kena ketuk buah cenerai tu dengan pemegang caplong. Buah mesti lebih besar dari lubang pada buluh tu. Buah cenerai ni pun boleh di makan. Rasanya kelat-kelat masam.

Bila peluru dah masuk, tekan penjolok dengan cepat. Maka peluru pun keluar diikuti dengan bunyi “plong!”. Sebab tu kot orang bagi nama dia caplong.

Bila caplong dan peluru dah ada kami membuat undian siapa yang jadi musuh atau askar. Selepas itu bermulalah peperangan di antara kami dalam kebun getah belakang rumah Pakcik Awang. Permainan ini memang menyeronokan hingga tak sedar ke makan atau minum. Bila dah letih baru cari air nyor muda atau minum air telaga Pak Cik Awang di tepi bendang.

Kena peluru buah cenerai ni,jangan main kadang-kadang berbintik-bintik badan tapi peluru kertas tak apa, bunyi aje kuat tapi tak sakit. Peraturan masa main ni tak boleh pakai baju. Baru senang nampak kesan bila kena tembak dan di kira mati.

3 Komen

Filed under Nostalgia

3 responses to “Permainan Masa Dulu..

  1. wie

    salam mie..
    menarik..
    aku juga dulu melalui zaman mcm tu..tp skrg ni payah nk tgok budak2 main..betapa kreatifnya org dulu2 kn..aku rasa time cuti ni nk try ajar semula ank2 aku main benda ni..hrp permainan ni jgn di lupakan lh..sayang kalau d tinggalkan..khazanah org dulu2..

  2. ujang

    mainan dulu memang bestt….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s