Generasi ke-7 Mahsuri, berkahwin..

Wan Aishah, generasi ke-7 Mahsuri berkahwin

PHUKET, Thailand 22 April – Dengan sekali lafaz Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri, hari ini sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Digelar Princess, Wan Aishah, yang nama Siamnya ialah Sirintra Yayee, dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir, dan bilal masjid, Rofiq Somsat.

Majlis pernikahan itu dilangsungkan malam ini di masjid berdekatan kediaman ibu bapa Wan Aishah di Kampung Tambon, Kemala. Satu majlis resepsi akan berlangsung di rumah Wan Aishah pada Sabtu ini dan dijangka dihadiri hampir 600 tetamu jemputan. Salah seorang ahli keluarga Wan Aishah memberitahu pernikahan Wan Aishah diatur oleh keluarga.

Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan awal tahun lalu. Bakal suami Wan Aishah difahamkan seorang usahawan yang memiliki syarikat produksi dan terlibat dalam bisnes hotel serta resort di Phuket.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia. Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Sumber : Utusan Malaysia keluaran 23 April 2010

Keterangan : Aku (no.2 dari kiri) bersama Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri,
di rumahnya Phuket, Thailand.

Bila terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini (23 April 2010) , aku teringat kunjungan aku ke Phuket pada tahun 2003 dulu. Aku mengikuti rombongan bersama-sama rakan untuk melawat Phuket selama 2 hari sempena Majlis Persaraan rakan kami. Dalam aturcara lawatan itu, ada diselitkan kunjungan ke rumah Wan Aishah (generasi ketujuh Mahsuri). Pada masa itu, Wan Aishah cukup popular di Malaysia apabila pihak akhbar menyiarkan berita mengenainya pada tahun 90-an. Jadi setiap pakej melawat Phuket oleh orang Malaysia, mesti diselitkan program kunjungan ke rumah Wan Aishah.

Rumah Wan Aishah tak jauh dari bandar Phuket, lebih kurang 20 minit saja perjalanan. Semasa kami sampai ke rumahnya, Wan Aishah baru balik dari sekolah(masa itu umurnya 16 tahun) .
Selepas tukar pakaian sekolah, Wan Aishah pun keluar untuk bertemu dengan rombongan kami. Dia tak boleh bercakap bahasa Melayu, jadi kena pakai penterjemah iaitu pemandu pelancong kami. Masa itu, ramailah yang ambil kesempatan bergambar bersama Wan Aishah.
Mengikut cerita pemandu pelancong kami, rombongan kami ini agak bertuah kerana Wan Aishah ada di rumah dan dapat berjumpa dengannya. Banyak juga rombongan-rombongan lain yang hampa bila datang, Wan Aishah tak ada di rumah. Cuma dapat tengok rumahnya saja. Katanya lagi, kalau guna pemandu pelancong lain, mungkin tak dapat jumpa. Kalau guna khidmat dia, mesti boleh jumpa sebab keluarga Wan Aishah kenal dia ( nak promote diri dia la tu). Sebelum balik, kami buat colection seorang RM10 untuk bagi kat Wan Aishah.

Tinggalkan komen

Filed under Cerita, Nostalgia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s