Insipirasi Dari Cerita Bara’a


Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun dari Mesir . Hidup bahagia dalam keluarga kecil yang sangat taat kepada agama Islam. Kedua orangtuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bara’a adalah gadis yang sangat manis dan cerdas otaknya. Dalam usia yang muda, dia telah menghafal seluruh Quran bersama-sama dengan tajwid yang tepat. Sayangnya, tragedi yang berlaku telah mengubah jalan hidup untuk anak gadis ini.

Suatu hari, ibunya merasa kesakitan yang amat sangat dan selepas beberapa ujian perubatan ia disahkan mengidap kanser pada tahap kritikal. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan anak gadisnya dan bagaimana hendak memberitahu Bara’a tentang berita buruk ini. Bagaimana anaknya hendak menghadapi hari-hari muka tanpa ibunya. Akhirnya ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

“Bara`a, ibu akan pergi ke syurga mendahuluimu, sayang.., tapi ibu ingin kau baca Al-Quran yang kau hafal setiap hari kerana ia akan melindungimu dalam hidup ini … ”

Ibunya menekankan kepadanya bahawa dia harus terus membaca ayat suci AlQuran setiap hari kerana dengan itu akan melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada saat ini Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang terjadi di masa hadapan. Setelah kesihatan ibunya semakin tenat dan dirawat di hospital, barulah dia mula memahami apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Bara’a mulai melawat ibunya di hospital setiap hari sebaik sahaja pulang dari sekolah dan membaca ayat-ayat suci AlQuran ditempat tidur ibunya sampai petang. Dia terus melakukan itu sampai ayahnya balik dari kerja untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Suatu pagi, pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital kerana isterinya semakin tenat. Sang ayah menjemput putrinya Bara’a dari sekolah dan terus pergi ke hospital. Dia tidak memberi putrinya apa yang terjadi dengan ibunya. Ketika mereka tiba di hospital ia berfikir bahawa ia harus meninggalkan anaknya di dalam kereta supaya ia tidak akan terkejut dengan apa yang terjadi pada ibunya. Oleh kerana itu ia menyuruh anaknya, berada di dalam kereta sementara dia pergi melihat dan akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita sedih nasib isterinya. Ketika dia berjalan jauh dari keretanya Bara’a melihat bapanya melintas di persimpangan jalan, kemudian berlaku lagi satu tragedi!. Bapanya telah dilanggar oleh bas yang membelok masuk persimpangan dan meninggal dunia di situ. Dia berlari keluar dari keretanya dengan menangis dan memeluk mayat ayahnya.

Peristiwa tragis Bara’a itu tidak berakhir di sini. Staf hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a, yang sedang berjuang melawan kanser di hospital, tentang kematian suaminya. Lima hari selepas itu, ibu Bara’a tewas jua dalam perjuangan menentang kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Saudia Arabia. Bara’a tidak ada ahli keluarga atau saudara mara di sana. Dia kehilangan ibu dan ayahnya dalam minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara’a berusaha untuk membantunya untuk kembali kepada keluarga ibu bapanya di Mesir.

Sementara urusan sedang dibuat untuk menghantarnya pulang, tragedi lain pula terjadi. Kali ini terjadi pada dirinya. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan cukup yakin ia mengidap kanser yang sama yang membunuh ibunya. Pada sat itu, bila Bara’a diberitahu diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:

“Alhamdullillah, akhirnya, saya akan berjumpa baba dan mama saya”.

Sangat luar biasa melihat anak gadis yang menghapiri maut ini menyambut dan menerima keputusan Allah dengan redha..

Cerita tragis mengenai Bara’a tersebar luas di Saudia Arabia kemudian seorang lelaki Saudi yang baik hati, memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London untuk rawatan perubatan.

Semasa Bara’a sedang dirawat di hospital di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, iaitu al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran dan ditayangkan dalam program khusus untuk membaca Quran. Bacaannya sangat bagus dan merdu membuatkan pengacara program itu mengalirkan air mata. Saya yakin ia akan membuatkan air mata mengalir kepada sesiapa sahaja yang mendengar bacaannya yang sangat cantik (lihat link di bawah ini).

Kanser telah memburukkan lagi kesihatan Bara’a dan dia menanggung kesakitan dan penderitaan semasa di hospital. Dia akan menjadi koma berkala ( commas periodically) dan selama masa sukar ini, stesen TV lain membuat temubual di hospital dan memintanya untuk menyampaikan nasyid tentang Ibu dan anak-anak yatim. Nyanyian nasyidnya telah membuatkan berjuta-juta orang menangis di dunia Arab (lihat klip video ini):

Hari terus berlalu dan ia terus hidup dan kanser yang sekarang telah merebak ke kakinya lalu doktor memutuskan untuk memotong dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam masa sukar ini dia terus koma berkala tetapi ketika dia terjaga dia mulai membaca Quran untuk tetap semangat untuk hidup. Hari berlalu, kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia masih di hospital berjuang untuk hidupnya. Jadi , harap ingatlah dia dalam setiap doa kita dan semoga Allah yang Maha Berkuasa menyelamatkan hidupnya .

Sumber : http://katib.wordpress.com
Tarikh update: 15 Feb 2010

2 Komen

Filed under Agama, Pengajaran

2 responses to “Insipirasi Dari Cerita Bara’a

  1. Pingback: Berita Sedih : Bara’a Meninggal « Suhaime's Blog

  2. Me

    Kekuatan iman yang amat kuat pada anak kecil. kekuasaan Allah tiada siapa dapat menghalang. Ada hikmahnya.

Tinggalkan komen