Daily Archives: 27 Mac 2010

Hotel Budget di Kelantan..

Kalau berkunjung ke Kelantan untuk beberapa hari dan nak bermalam, ada sebuah budget hotel untuk penginapan yang aku nak syorkan. Tempat ini murah, selesa dan baru saja dibuka pada bulan Mac 2010 yang lalu.

Hotel ini terletak di tengah-tengah kesibukan pasar malam Wakaf Che Yeh. Siapa yang tak kenal Wakaf Che Yeh, pasar yang di buka hingga jauh malam.  Kalau dari bandar Kota Bharu, jaraknya  lebih kurang 5km sahaja.  Kalau anda datang dengan penerbangan,  dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke hotel ini ialah 13km. Manakala dari lebuhraya Rantau Panjang, jaraknya lebih kurang 500 meter sahaja.

Tempat penginapan yang aku maksudkan itu namanya Polyland Hotel & Apartment. Kemudahan yang disediakan di semua bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan   pendingin udara ,saluran Astro terpilih dan akses internet wifi. Ada 21 buah bilik yang menanti kunjungan tetamu.

Sekarang ni ada offer sempena pembukaannya. Bilik single cuma RM58 sahaja.
Kalau datang berdua, eloklah ambil bilik double ini.
Harganya pun tak mahal,  hanya RM78
Bagi bilik triple pula cukup luas untuk keluarga , harganya RM98. Memang berbaloi.
 
Bilik air masih baru, bersih dan dilengkapi dengan sistem pemanas air.  Nak mandi pagi tu, bolehlah guna air panas. Ataupun selepas letih meronda dan shoping di pasar malam Wakaf Che Yeh, mandi dengan air panas boleh melegakan.

                                               Ini pula adalah lobby hotel yang selesa menanti kunjungan tetamu.

Inilah bahagian penyambut tetamu, para staf yang ramah mesra menerima kunjungan tetamu dengan senyuman.  Tuan punya hotel ini ( paling kanan sekali)
Anda akan mendapat layanan yang mesra dan boleh mendapat info tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Jangan segan untuk bertanya mereka.

Jadi, kalau sampai ke Kelantan dan tercari-cari tempat untuk bermalam, pergilah ke Wakaf Che Yeh dan akan terjumpalah hotel ini. Anda pasti akan puas hati dengan layanan mesra dan bilik yang selesa serta murah.
Untuk tempahan bolehlah hubungi :  Telefon/Fax: 09-7439090
 

Alamat :
Polyland Accomodation (Hotel and Apartment)
Lot 725/724 Block E
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bahru, Kelantan

40 Komen

Filed under Lawatan, Menarik, percutian, Tempat Menarik, vacation