Ke Tanah Minang part 2


Satu tempat yang paling cantik pemandangannya di Bukittinggi ialah Ngarai Sianok yang terletak di pinggit bandar ini. Dari tebing kita dapat lihat ngarai yang sayup mata memandang. Kagum… ciptaan Allah yang Maha Kaya.

Berhampiran dengan Ngarai Sianok , terdapat satu lagi tinggalan sejarah yang menarik. Tempat itu dinamakan Lobang Jepang . Ia merupakan sebuah terowong yang dibina oleh penjajah Jepun semasa perang Dunia Kedua.


“Lobang Jepang” atau terowong Jepun ini mengandungi bilik-bilik pegawai Jepun, bilik masak, tempat tahanan dan tempat simpan senjata. Menuruni anak tangga yang banyak amat meletihkan tapi bila sampai di dalam terowong itu, rasa kagum pun ada. Tapi yang sedihnya, bila pemandu pelancong menceritakan sejarah pembinaannya, ramai rakyat Indonesia yang terbunuh semasa dipaksa menggali terowong itu. Buat masa ini, terowong itu sedang dinaiktaraf, jadi beberapa bahagian dalam terowong itu tak dapat dilawati.


Istano Silinduang Bulan, satu objek pelancongan yang sangat menarik. Ukiran pada Istana ini sungguh halus dan berwarna-warni. Istana ini dibina tanpa menggunakan walau sebatang pun paku.


Istana yang dibina dengan kayu dan sarat dengan ukiran halus menghiasi seluruh istana ini. Masa kami melawat tu Hari Jumaat, Istana ditutup. Jadi tak dapat masuk, cuma lihat pada bahagian luar sahaja. Menarik..

Tinggalkan komen

Filed under percutian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s