Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit

Ladang Anggur Tasik Beris terletak lebih kurang 12km dari pekan Sik, Kedah. Buat masa ini, ladang anggur tersebut sudah dikenali ramai dan ramai pengunjung yang datang dari jauh untuk melihat sendiri buah anggur yang bergantungan.

Kebetulan minggu ini aku singgah untuk kunjungan kali kedua selepas setahun lalu datang ke sini. Nampaknya sudah banyak perubahan. Pintu masuk dah ada penerangan tentang ladang ini pada dinding cermin.

Satu lagi perubahannya, tiket masuk pun dah naik harga. Dulu cuma RM3, sekarang dah jadi RM4 untuk orang dewasa. Tempat masuk juga telah berubah dari sebelah utara ke sebelah selatan pula.

Bangunan baru telah dibina yang dinamakan Sales Gallery di mana  menempatkan tempat menjual tiket masuk dan juga menjual hasil dari ladang anggur.

Selain daripada buah anggur yang dijual di dalam galeri ini , terdapat juga produk anggur seperti jus anggur, kordial anggur dan minyak biji anggur.

Untuk buat kenangan, terdapat barangan cenderamata seperti mug, t-shirt , topi dan payung yang ada identiti Ladang Anggur ini.

Ini adalah anggur hitam yang telah masak. Buah-buah ini sedang dipetik oleh pekerja-pekerja ladang dan kawasan ini tidak dibuka untuk lawatan.

Anggur hijau yang telah besar kelihatan bergantungan dengan banyak sekali. Sambil berjalan, kita boleh memegang buah-buah anggur tu, tapi awas, tak boleh dipetik.

Pada masa ini, anggur hitam sahaja yang telah masak dan berbuah dengan lebat. Setakat nak bergambar, boleh tetapi tak boleh petik untuk dimakan. Pekerja ladang ini sentiasa ada di mana-mana memerhati kita.

Kalau rasa geram nak petik juga, boleh minta kebenaran dari mereka tetapi dengan syarat membayar RM50 bagi setiap satu kilogram anggur.

Semasa berbual dengan pekerja ladang, saya dapat tahu pokok anggur di situ telah berumur 4 tahun dan pokok ini boleh hidup sampai 25 tahun!

Menurut pekerja itu lagi, bila semua buah anggur telah dipetik, pekerja akan membuang/memangkas semua daun-daunnya. Ini dilakukan bagi membolehkan daun baru tumbuh dan pokok berbunga semula.

Bukan semua kawasan boleh dilawati, hanya kawasan yang ditandai dengan bendera sahaja boleh dilalui.

Selepas puas melawat dalam ladang anggur, terdapat gerai di luar yang menyediakan minuman dan makanan.  Jus anggur hijau dan anggur hitam ada dijual di sini. Harganya RM2 bagi satu gelas.

Ladang anggur ini memang terletak di tepi Tasik Beris ( tasik yang terjadi akibat Empangan Beris). Pemandangan tasik yang luas terbentang dari sini memang cukup cantik dan menarik. Sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu yang nyaman memang amat menyenangkan.

9 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik, pemandangan, Tempat Menarik, vacation

9 responses to “Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit

  1. Ahmad Tarmezi

    Bilakah masa yang sesuai untuk melawat ladang anggur ini, maksudnya kalau dtg waktu tu ada banyk buah anggur.

  2. iwan

    Selain aktiviti di atas ada x aktiviti lain..

  3. Sangat menarik. Insayaallah akan cuba kesini.

  4. liya

    so, kalau bawak bekal, kat mana boleh bentang tikar nak berkelah ramai2? kut ada yang berhampiran…ada cadangan?

  5. ada aktiviti naik bot tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s