Menara Jam Makkah

 Bermula awal Ramadhan yang lalu ( 11 Ogos 2010) , Abraj Al Bait-Menara Jam di kota suci Makkah  menjadi  menara jam tertinggi di dunia. Projek yang diilhamkan oleh  Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah bin Abdul Aziz.

Menara jam ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan dalam satu kompleks yang mengandungi apartmen, hotel, pusat persidangan, supermarket dan beberapa kemudahan lagi.

Jam besar itu  ditempatkan di atas menara ke tujuh    menjadikannya  jam tertinggi di dunia.  Dengan binaan menara jam tertinggi ini menyebabkan orang Barat merasa cemburu. Aku terbaca komen dalam internet yang mereka memperlekehkan menara jam ini…komen orang kecewa. Tambahan pula cadangan oleh Arab Saudi ingin menjadikan waktu pada jam itu panduan AST (Arab Standard Time) bagi menggantikan GMT (Greenwich Mean Time) . Masa yang ditetapkan ialah 3 jam mendahului GMT.

Menara  ini mempunyai  empat muka jam bagi setiap sisi menaranya. Dua  jam utama yang berada pada ketinggian 80 meter dan dihiasi dengan nama Allah, dan mempunyai diameter 39 meter. Dua muka jam lagi akan ditempatkan pada ketinggian 65 meter tinggi dan berukuran diameter 25-meter. Jurutera dari Germany dan Swiss telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi untuk membuat rekabentuk jam tersebut. Kos projek ini berharga EURO 800 juta.


Terdapat  lif yang disediakan untuk membawa pengunjung ke balkoni  yang terletak di bawah empat muka  jam itu. Pengunjung boleh melihat pemandangan Kota Suci Mekah dan Kaabah yang terletak di bahagian depan menara tersebut.   Syarikat yang  membangun dan memasang menara jam ini ialah  Binladin Group. Binaannya sarat dengan bentuk senibina Islam , mengandungi 7 menara yang berdekatan. Terdapat  6,000 unit rumah dalam kompleks ini  dan nilai pelaburan dikatakan lebih dari SR6 bilion (US $ 1.6 bilion).

Sebuah hotel dibina dalam kompleks ini, dengan 1005 bilik dan 76 lif,  yang akan menjadi bangunan kedua  tertinggi di dunia yang mempunyai jam puncaknya  . Jika dibandingkan ,  jam ini adalah enam  kali lebih besar daripada London Big Ben.


Ketinggian Menara Jam Makkah ini  hanya kurang 11 meter  lebih rendah dari Khalifa Burj Dubai (menara tertinggi di dunia - ketinggiannya 828 meter) . Malahan bahagian konkrit dari Menara Jam Makkah ini adalah lebih tinggi dari bangunan kedua tertinggi saat ini di dunia,Bangunan  Taipei 101 di Taiwan.

Muka jam dihiasi dengan mozek yang diperbuat dari gentian karbon dan diterangi oleh 2 juta lampu LED. Jarum panjang jam ini berukuran 22 meter dan jarum pendek pula berukuran 17 meter. Latar belakang jam dihiasi gambar pedang bersilang dan pokok tamar, simbol negara Arab Saudi.

Pandangan pada waktu malam. Muka jam bercahaya dengan lampu berwarna hijau.  Selain itu, sebanyak 21,000 lampu putih dan hijau yang dipasang pada bahagian atas jam akan memancar cahaya sejauh 30km setiap kali masuk waktu sembahyang. Pada waktu tertentu, ada 16 baris lampu akan memancarkan cahaya kira-kira 10 km ke angkasa

4 Komen

Filed under Agama, Binaan, Islam, Teknologi

4 responses to “Menara Jam Makkah

  1. Zakariyah

    Semoga cita2nya terwujud dalam rangka jadi kiblat dunia….

  2. hanafi

    salah satu tanda kiamat, dalam hadis Rasulullah SAW lebih kurang bunyinya, antara tanda2 kiamat orang2 berkaki ayam (arab Badwi) akan membina bangunan pencakar langit. Dah terbukti sekarang orang Arab telah membina bangunan jam tersebut. Mesti ada perancangan mereka.

  3. Seharusnya Dunia mengakui bahwa pusat waktu memang di Mekkah, sebagaimana ilmuwan Mesir menemukannya. Itulah Barat selalu menunjukkan kepongahannya…..moga sukses tuk jam Dunia Islam

  4. imam ustadi

    sangat menakjubkan dan udah wajar panutan jam dunia berpindah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s