Melawat Ladang Anggur Di Sik, Kedah: Beris Vineyard

Baru-baru aku berpeluang melawat Ladang Anggur Tasik Beris ( Tasik Beris Vineyard) di Sik, Kedah . Ladang terletak tidak jauh dari pekan Sik dan berada betul-betul di tepi Tasik Beris ( Tasik buatan manusia yang terjadi hasil dari Empangan Beris).  Sebelum ini, ada kawan-kawan  yang dah pergi dan menceritakan  tentang ladang ini. Mereka dah pun beli dan makan anggur di situ yang rasanya amat manis. Dulu kita pernah dengar anggur telah ditanam di negeri Perlis.

Kalau anda berada di Kedah, aku syorkan supaya cubalah datang melawat ke ladang ini.  Dari Lebuhraya PLUS, ambil exit keluar dekat Gurun. Dari situ teruskan perjalanan ke Pekan Sik yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Apabila sampai Pekan Sik, ambil laluan untuk ke Gulau dan 10 minit perjalanan akan ke ladang ini.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

Tak susah untuk mencari tempat ini. Dari tepi jalanraya di sebelah kanan akan nampak  papantanda ini. Kenderaan boleh masuk sampai ke tepi ladang ni.  Untuk masuk, dikenakan sedikit bayaran (semasa aku datang dengan kawan2 baru ni, masuk percuma lagi)

Apabila masuk ke dalam kawasan ladang itu, kelihatan kawasan tanaman anggur di dalam binaan seperti “rumah” yang ditutupi jaring putih.  Ada banyak “rumah” anggur dan setiap satu bersaiz padang bola.

Selain daripada ladang, ada juga disediakan kedai menjual buah anggur. Aku beli satu paket anggur berharga RM10 (500gm) …dan rasanya sungguh manis.

Selain itu, ada juga dijual produk  anggur seperti jus anggur serta losyen biji anggur…jangan bimbang, tak akan mabuk minum air anggur tu…

Ladang Anggur Tasik Beris

Daripada berita dalam surat khabar , ladang ini diusahakan oleh syarikat swasta iaitu  Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Selain dari melawat ladang anggur, pemandangan Tasik Beris ini sangat cantik. Sesiapa yang datang melawat Sik, aku rekomen supaya melawat Tasik Beris ini… pemandangan yang cantik dan tenang.

Pemandangan Tasik Beris dari Ladang Anggur

Tasik Beris, SIK, Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah

Pemandangan dalam ladang anggur. Fasa pertama ditanam dengan 1,000 pokok di kawasan seluas 1.6 hektar. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan modal RM500,000.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

Pokok anggur yang ditanam sejak kecil akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 bulan untuk matang dan mengeluarkan hasil. Anda boleh masuk ke dalam tempat penanaman anggur sambil melihat dan memegang buah anggur yang bergantungan ditangkainya. Tapi awas, jangan petik atau makan buah anggur di sini, sebab ada racun yang telah disembur. Kalau nak makan, boleh beli di kedainya, buah yang sudah dicuci .

Grapes at ladang Anggur Tasik Beris

Buah anggur yang sudah masak dan sedia untuk dipetik.

Anggur yang di tanam di sini adalah  baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.Anggur yang berwarna hijau, aku tak tau nama dia.

Anggur, Tasik Beris, Sik, Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris

Anggur yang ditanam di sini menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

Young grapes plantPengalaman berjalan dalam ladang ni amat mengasyikan, melihat buah-buah anggur yang bergantungan dan keadaan ladang yang terjaga dengan rapi dan bersih ini.  Aku dimaklumkan oleh pekerja di situ, terdapat satu ladang lagi yang lebih besar terletak di Sungai Senam, tak jauh dari situ. Ladang itu juga dimiliki oleh syarikat yang sama tetapi tidak dibuka untuk lawatan. Sebelum balik, belilah buah anggur dan produk anggur seperti jus anggur dan losyen biji anggur sebagai tanda anda sudah sampai ke sini.

About these ads

7 Komen

Filed under Lawatan, Makanan, Menarik

7 responses to “Melawat Ladang Anggur Di Sik, Kedah: Beris Vineyard

  1. Thank you for this post. :) I love the photos. :)

  2. mana

    Salam, nak tanya ckit,bayaran tuk masuk ladang nie brapa? ada pa2 yg menarik selain tanaman anggur kat sini?

    • Untuk masuk ke Ladang ini dikenakan bayaran tak mahal cuma RM3 (dewasa) dan RM1.50 (kanak-kanak). Selain buah anggur, ada juga dijual produk dari buah anggur seperti jus anggur dan losyen biji anggur. Anak pokok anggur juga ada dijual. Di pinggir ladang ini ada Tasik Beris yang sangat luas (tasik buatan) yang sangat cantik pemandangannya. Kalau musim durian, boleh dapatkan durian baka terbaik (D24) di Batu Seketul (kawasan berdekatan dengan ladang ini). Memang best buah durian di sini..

  3. benih anggur dijual berapa sepokok ?

    • Azma, semasa saya pergi melawat dulu, tak sempat tanya harga benih anggur tu.
      Kalau nak dapat maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 04-4620466 atau faks 04-4620611

  4. Pingback: Ladang Anggur Tasik Beris : 2nd Visit | Langit Biru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s