Hotel Budget di Kelantan..

Kalau berkunjung ke Kelantan untuk beberapa hari dan nak bermalam, ada sebuah budget hotel untuk penginapan yang aku nak syorkan. Tempat ini murah, selesa dan baru saja dibuka pada bulan Mac 2010 yang lalu.

Hotel ini terletak di tengah-tengah kesibukan pasar malam Wakaf Che Yeh. Siapa yang tak kenal Wakaf Che Yeh, pasar yang di buka hingga jauh malam.  Kalau dari bandar Kota Bharu, jaraknya  lebih kurang 5km sahaja.  Kalau anda datang dengan penerbangan,  dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke hotel ini ialah 13km. Manakala dari lebuhraya Rantau Panjang, jaraknya lebih kurang 500 meter sahaja.

Tempat penginapan yang aku maksudkan itu namanya Polyland Hotel & Apartment. Kemudahan yang disediakan di semua bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan   pendingin udara ,saluran Astro terpilih dan akses internet wifi. Ada 21 buah bilik yang menanti kunjungan tetamu.

Sekarang ni ada offer sempena pembukaannya. Bilik single cuma RM58 sahaja.
Kalau datang berdua, eloklah ambil bilik double ini.
Harganya pun tak mahal,  hanya RM78
Bagi bilik triple pula cukup luas untuk keluarga , harganya RM98. Memang berbaloi.
 
Bilik air masih baru, bersih dan dilengkapi dengan sistem pemanas air.  Nak mandi pagi tu, bolehlah guna air panas. Ataupun selepas letih meronda dan shoping di pasar malam Wakaf Che Yeh, mandi dengan air panas boleh melegakan.

                                               Ini pula adalah lobby hotel yang selesa menanti kunjungan tetamu.

Inilah bahagian penyambut tetamu, para staf yang ramah mesra menerima kunjungan tetamu dengan senyuman.  Tuan punya hotel ini ( paling kanan sekali)
Anda akan mendapat layanan yang mesra dan boleh mendapat info tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Jangan segan untuk bertanya mereka.

Jadi, kalau sampai ke Kelantan dan tercari-cari tempat untuk bermalam, pergilah ke Wakaf Che Yeh dan akan terjumpalah hotel ini. Anda pasti akan puas hati dengan layanan mesra dan bilik yang selesa serta murah.
Untuk tempahan bolehlah hubungi :  Telefon/Fax: 09-7439090
 

Alamat :
Polyland Accomodation (Hotel and Apartment)
Lot 725/724 Block E
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bahru, Kelantan

About these ads

40 Komen

Filed under Lawatan, Menarik, percutian, Tempat Menarik, vacation

40 responses to “Hotel Budget di Kelantan..

  1. lily

    minggu lepas baru sja saya kakak dan mak saya menginap kat polyland hotel arini genap semggu kami ke sana. Apa2 pun memang puas hati lah menginap kat polyland hotel bersih selesa penyambut tetamu x sombong baik hati mungkin next time ke sana lg…

  2. Mohd Puzi razali

    WBT,
    Saya hendak menginap dengan pilihan seperti berikut:
    a) 2 hb feb 2010 : 3 bilik utk semalam double bead atau
    b) 3 hb feb 2010 : 3 bilik untuk semalam double bead

    Sila beri harga net.

    TQ

    • Harga promosi sekarang , satu bilik double bed ialah RM 78. Jadi kalau 3 bilik harganya RM78 X 3 = RM RM234 sahaja. Satu keistimewaan ialah di sekitar kawasan ini adalah pasar yang menjual berbagai barangan yang beroperasi 24 jam!. Anda pasti akan berpuas hati….

  3. nurul

    salam…saya nk tny utk 12 dan 13 hb Mac ni untuk price bg bilik triple satu dan bilik double 2 utk booking bp rm?

    • Tarikh tu musim cuti, kena booking awal-awal kerana selalunya penuh. Harap Nurul call no telefon seperti yang nombor yang tertera dalam blog saya. Harga bilik double RM78 dan bilik triple RM98. Bilik luas dan sangat selesa…percayalah.

  4. lynn

    sampai biler promosi bilik ni erk…

  5. nur

    saya akan menginap di hotel ini pada minggu depan dan telah booking bilik..nak tanye untuk ke hospital usm jauh x dari hotel ni agak2 berapa minit@bp km perjalanan??

  6. pahlawankota

    assalamualaikum..
    saya pernah menginap di sini 2-3 bulan lepas,,
    2 malam..
    bilik memang bagus,,layanan mesra,,
    cuma kalau dapat diperbaiki ialah tentang parking..
    kalau pihak polyland dapat sediakan reserve parking utk mereka yg menginap di situ,,rasanya lebih bagus..

  7. pahlawankota

    rasanya minggu ni nak ke kota bharu lagi..

  8. ufamaya

    salam…rate di atas utk promosi tahun 2010..mcm mana 2011 masih rate yg sama ke harga lain..sy nk ke kota bharu bln 9 ni..

  9. sy nak tempah superior room 4hari 3mlm 16-19 disember. ada kosong tak? berapa harga? check in pukul berapa?

  10. sy nak tmpah deluxe room 4 hari 3mlm 16-19 disember. ada kosong tak?

  11. lina

    salam,,sy dari tganu nak ke wakaf che yeh esok..nak bilik triple untuk semalaman esok ada tak?tq

  12. salam, nak tanya untuk 24 may 2012 nih, untuk 4 malam, dan 2 bilik, satu famili bertiga, satu untuk parents berumur. Berapa deposit tempahan, dan ada cadangan untuk kereta sewa tak? dari airport sultan ismail?Terima kasih

    emel saya:aziah1981@yahoo.com.my

  13. mmg ok, tapi parking problem pulok, sape yg dtg naik teksi ok la..

  14. ARAhim

    Salam;
    Hotel nie dekat dgn pasar borong …so macamana tentang parking keta …selamat tak?
    Untuk triple bedroom harga berapa / untuk 2 malam

  15. nurul izzah zakaria

    assalamualaikum….nak tanya
    saya nak check in pada 31hb 5 hingga 1hb 6,…5 keluarga……masih adakah hotel @ appt yg kosong dan berapa rate…3hari 2 malam

  16. Fadzil

    Salam,
    saya Fadzil, nk tahu tentang kemudahan parking?

  17. ebah

    klu 1 dan 2 hb 6 ni ada kosong x

  18. mai

    esok petang ade kosong x ?single bed

  19. hanim

    saya nak brcuti ke kelantan raya cina ni.mcam mna ye.harga dia sama ke atau lain

  20. Hello this is kind of of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
    I’m starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be enormously appreciated!

  21. Aida

    ada tk bilik kosong utk family pada tarikh 24-26/5/2013 dan harga brape? macamana dgn prmbayaran..t.kasih

  22. afiqah

    Saya ingin bertanya.. berapa hari untuk bilik?single?double?triple? Kalau dari airport berapa lama nak ke hotel polyland ni?ada sediakan pengangkutan tak dri airport nak ke polyland?saya ingin berkunjung ke sana pada 26/4/2014 – 27/4/2014..dan saya datang bersama rombongan lebih kurang 30 org..harap balas ye..terima kasih 😊😊☺

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s